Fokus
Fokus 2-3-2016 04:32 PM 9185 Views
DescriptionTidak diketahui apakah punca utama yang menyebabkan perempuan yang dipercayai warga Indonesia ini dilibas


Oleh : Dean BZ



Tidak diketahui apakah punca utama yang menyebabkan seorang wanita dipercayai warga Indonesia ini dilibas dengan getah paip beralu-talu. Video berdurasi 36 saat itu di muat naik di laman facebook Friends of BN - Barisan Nasional pada jam 3 petang tadi.


Kejadian dipercayai berlaku di Pulau Pinang dan jika dilihat didalam video tersebut, keadaan sekitar seperti didalam sebuah pusat snooker.

Loading FB Post...

Wanita tersebut kelihatan menahan sebatan dan mengerang kesakitan akibat di libas getah paip oleh seorang lelaki yang dipercayai berbangsa Cina. 

Video itu mendapat banyak reaksi dari nitizen yang rata-rata mengutuk perbuatan kejam itu. Menurut beberapa komen di laman facebook itu, ramai yang mengaitkan video tersebut dengan sindiket pelacuran.




Terdahulu, video yang memaparkan seorang lelaki warga Indonesia yang dipukul dan disebat dengan getah paip turut menjadi viral di media sosial.




Apa pun, adalah lebih baik jika kita tidak membuat spekulasi dan serahkan pada pihak polis untuk menyiasat punca sebenar kejadian.  - CARI Infonet.





*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.

Prev.:Malaysia Tiada Dalam Senarai 'Asia's 50 Best Restaurant'

Next:Edisi Bapa Gila! Tendang Anak Orang Sebab Buat Anak Dia Jatuh

Komen Terbaru
chinta89 2-3-2016 04:42 PM
siasat jangan tak siasat.
hest 2-3-2016 04:48 PM
adoiyai... kesiannya
kentel 2-3-2016 04:48 PM
mana @PenangWin ???negeri ko ni...
barfi 2-3-2016 05:10 PM
Sakit ke tu? Macam tak kuat sgt dia bedal. Tak macam yg jantan kena balun tu hari. Haa itu mmg aku tengok pun ngeri
ramaramu 2-3-2016 05:13 PM
lelaki pengecut sahaja yg akan pukul perempuan!
Artemesiaa 2-3-2016 05:21 PM
Macam pusat snooker je kes curi duit ke hapa
blackwidowbae 2-3-2016 05:40 PM
Lelaki pukul perempuan guna getah paip?

Itu bukan lelaki itu pondan
protonpersona 2-3-2016 11:03 PM
Bangsat punya jantan
mommymonster82 3-3-2016 01:26 AM
Lain mcm jer cara bedal tu......

misscendol 3-3-2016 09:16 AM
Scary nyeee. Mintak jauh la
zizadin 3-3-2016 10:25 AM
wanita kan kaum yg lemah.. tergamak buat gitu....
mummy75 3-3-2016 10:36 AM
kan dah ada rasanya cite psl video ni...kes curi duit di tempat kerja kan...klu aku silap mohon pembetulan
jojoba_beads 3-3-2016 11:58 AM
Ni dh kira kekejaman ni. Tgamak la sapa yg buat ni. Kalu salah skali pn, xperlu la smp physically abused cmni. Mmg xde otak langsung
ninjago 3-3-2016 02:18 PM
kalau pompuan tu curik duit tu, baikla serah kt polis je. yg gi bantai camtu apsal..
nazsh 3-3-2016 03:53 PM
Mintak2 polis bantai balik jantan tu..suka2 jaa pi pukul trajang pmpuan..binatang pun org tk pukul cam tu