CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Perkara Yang Perlu Diketahui Ketika Melancong Di Shanghai

25-2-2016 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5003| Komen: 0

Description: Industri pelancongan Shanghai turut semakin hari semakin mendapat sambutan di kalangan pelancong asing sehinggakan bilangannya telah mencecah lebih 12 juta orang pada tahun 2015.


Oleh : TS LOO

sumber foto: http://www.chinadaily.com.cn


Shanghai yang terletak di tebing Delta Sungai Yangtze di China Timur ialah bandar raya terbesar Republik Rakyat China serta bandar raya yang kelapan terbesar di dunia. 

Pada asalnya adalah sebuah kota perikanan yang lengang, Shanghai menjadi bandar raya China yang terpenting menjelang abad ke-20 serta pusat kebudayaan rakyat, perbincangan ilmiah, dan komplot-komplot politik semasa Republik China. 

sumber foto : http://www.jasonbarbacovi.com


Namun selepas itu, Shanghai terus berkembang maju menjadi pusat kewangan yang ketiga terbesar di dunia, dengan berkedudukan di belakang Bandaraya New York dan London, serta bandar raya perdagangan yang terbesar di Timur Jauh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.


Dalam pada itu, industri pelancongannya turut semakin hari semakin mendapat sambutan di kalangan pelancong asing sehinggakan bilangannya telah mencecah lebih 12 juta orang pada tahun 2015. 


Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian ketika melancong di Shanghai:


1. Perlu ingat, anda bukan menetap di Shanghai, sebenarnya anda hanya melancong di Shanghai sahaja, semestinya kena merayau dalam tempoh masa yang panjang di luar, kenapa penulis kena menyebut perkara ini? Ini kerana musim panas di Shanghai adalah sangat panas, diharapkan pembaca ambil perhatian dengan membawa segala benda yang boleh mengelakkan diri anda terkena pancaran matahari yang terik dan sehingga diserang penyakit demam panas, supaya kunjungan ke shanghai lebih menggembirakan. 

2. Selain itu, perlu diingat juga, musim sejuk di Shanghai juga sangat sejuk suhunya, kalau pembaca mengunjung ke Shanghai pada musim sejuk perlulah sediakan lebih banyak pakaian yang sesuai untuk musim sejuk agar memastikan diri anda sentiasa dalam keadaan suhu yang sederhana dan mengelak daripada diserang penyakit selsema, kalau jatuh sakit ketika melancong, kan tak elok dan mengganggu mood baik anda. 


sumber foto: https://media-cdn.tripadvisor.com

3. Hidangan makanan bagi orang Shanghai adalah dalam kuantiti tidak banyak dan lebih kepada sekadar cukup, bagi mereka yang kuat makan jangan segan untuk minta makanan yang lebih agar mengelakkan daripada makan tidak kenyang. 


4. Disebabkan penduduk tempatan bertutur dalam lohgat Shanghai dan seperti diketahui umum, lohgat Shanghai memang agak susah difahami, maka bagi pengunjung luar yang seorang diri melancong ke shanghai adalah wajar mendapatkan sedikit pemahaman mengenai lohgat Shanghai bagi mengelakkan sebarang situasi salah faham berlaku.

5. Shanghai merupakan salah satu bandaraya metropolitan yang terkenal di mata dunia, pengunjung perlu menjaga tingkah laku dan imej, mementingkan sikap mencintai alam sekitar, bersopan santun dan berbudi bahasa. 


sumber foto: http://www.shanghaicina.com

6. Harus ingat juga beberapa destinasi pelancongan yang terkenal seprti Jalan Nanjing dan Kuil Cheng Hunag semestinya dibanjiri pengunjung dari merata tempat, jadi kena berhati-hati memastikan barangan peribadi disimpan dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan berlaku pencurian.

sumber foto : https://www.google.com

sumber foto : http://images.chinahighlights.com/

7. Sistem pengangkutan di Shanghai memang lebih maju, tetapi struktur susunan jalan rayanya agak mengelirukan, mudah sesat, justeru adalh lebih elok sediakan alat GPS atau peta yang sesuai supaya memudahkan perjalanan anda. Selain itu, pengangkutan awam di Shanghai semua mengutamakan penggunaan duit syiling, jadi sediakan lah duit syiling yang secukupnya. Kalau menaiki keretapi MRT, penggunaan tiket sepanjang hari adalah lebih berbaloi.- CARI Infonet




sumber : http://lohas.pclady.com.cn/142/1429775.html
15

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
14

Sedih
7

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.069033 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top