Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Tak Susah Jadi Gadis 'Petite', Yakin Saja Berfesyen

23-2-2016 03:21 PM| Komen: 6

Oleh Izzah Abbasy

Gadis 'petite' dikenali juga sebagai gadis kecil molek bertubuh genit, mungil dan berketinggian 5 kaki 3 inci.


Gadis sepeti ini sering kecewa dalam pemilihan pakaian. Bukannya tak cantik, tapi adakala labuh dan besar untuk mereka.

Dan sudah tentunya cemburu dengan mereka yang mempunyai ketiggian ideal. "Untunglah tingggi, pakai apa pun mesti nampak cantik."

Ala, usah bimbang dan jeles. Anda si gadis 'Petite' juga boleh bergaya seakan gadis tinggi lampai. Bagaimana? Ikut cara ini. - CARI Infonet

1) Satu Warna -  Pertama, pilih satu warna bermula dari atas sehinggalah pada kasut kamu. Warna yang disarankan adalah hitam, biru navy, arang, burgundy, hijau gelap dan ungu.

2) Pilih Saiz Tepat - Memilih pakaian yang 'ngam-ngam' pada tubuh kamu lebih menarik berbanding memilih pakaian yang longgar. Elakkan juga pakaian yang mempunyai lapisan yang banyak kerana akan menampakkan kamu kelihatan lebih pendek dan padat.

3) Corak Menegak - Trik memilih pakaian yang mempunyai corak menegak mampu memberi ilusi tinggi buat kamu meskipun kamu rendah saja orangnya.

4) Bentuk V -  Pilihlah pakaian mahupun jaket yang mempunyai bentuk V atau U pada leher. Bukan apa, corak sebegini yang terdapat pada leher baju turut menyumbang kepada ilusi ketinggian.

5) Tumit Tinggi -  Cara paling mudah untuk menambah ketinggian adalah dengan mengenakan kasut tumit tinggi. Tumit tinggi jenis 'pump shoes' adalah paling sesuai tetapi elak memilih kasut yang mempunyai tali pada buku lali kerana tali ini menampakkan kamu 'ketot'.

6) Elak Beg Tangan Besar -  Jauhi diri kamu dengan beg tangan yang besar kerana ia membuatkan kamu lebih rendah dengan ketara. Pilih beg tangan yang bersaiz sederhana supaya kamu kelihatan lebih 'seimbang'.


7) Jauhi Skirt Mini - Skirt pendek atau mini lebih cantik dipakai oleh si gadis yang mempunyai kaki yang panjang dan bertubuh tinggi. Jika gadis bertubuh rendah mengenakan skirt mini, kaki pendek akan kelihatan lebih ketara dan ia mencacatkan penampilan.

8) Seluar Kaki Lurus -  Pilih jeans atau apa saja jenis seluar yang mempunyai potongan kaki lurus untuk menampakkan kaki lebih panjang dan kelihatan tinggi saat berjalan. Rahsia kaki kelihatan langsing adalah seluar tanpa banyak poket, tanpa corak dan tidak ketat.




Apa Reaksi Anda...

Bagus
18
Marah
15
Terkejut
20
Sedih
19
Lawak
26
Bosan
20
0
0
Komen: 6
Komen

Previous : "Apalah Sangat Nak Direbutkan Pada Sekujur Tubuh Lelaki"

Next       : Awek Garang

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 25-2-2016 11:39 PM
Ada sorang kawan tu jenuh cari kasut size 4, manjang takde so jarang lah beli kasut. Kalau jumpa kedai kasut mana2 ada size tu mesti cepat2 inform dia.

Lain-lain Komen

Quote azie5zoe 23-2-2016 03:40 PM
nak carik pump shoes saiz 3.5 setgh yang susah ni..
Quote mizkajura 24-2-2016 09:18 AM
Alhamdulillah. bukan saiz ni
Quote swayne 24-2-2016 10:30 AM
suka pergi shopping mall yang ada section petite. senang. haha.
Quote mujer_in_espejo 24-2-2016 03:51 PM
Sebenarnya brapa ketinggian gadis petite ikut ukuran org asia sbnarnya? Terutama yg asia tggara ni? Sbb selena gomez ni tgi cm 164++ gituh lbh kurg. Asian bwh 160cm kah?
Quote CARI-IIN 24-2-2016 04:13 PM
mujer_in_espejo replied at 24-2-2016 03:51 PM
Sebenarnya brapa ketinggian gadis petite ikut ukuran org asia sbnarnya? Terutama yg asia tggara ni?  ...

Iya.. Selena Gomez 5' 5, 163 cm.. kalau asia bawah 160.
Maaf, guna gambar Selena Gomez sekadar gambar hiasan sebab kat sana dia nampak kecik molek orangnya.

Quote Mary_jane 25-2-2016 11:39 PM
Ada sorang kawan tu jenuh cari kasut size 4, manjang takde so jarang lah beli kasut. Kalau jumpa kedai kasut mana2 ada size tu mesti cepat2 inform dia.

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top