Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Taufan Siklon Winston Selaju 325 Kmj Membadai Fiji, 20 Maut

23-2-2016 12:11 PM |Dilihat:2757| Komen: 2

Oleh : Dean BZ




Fiji, negara di perairan Oceania dalam keadaan berjaga-jaga di saat taufan Siklon melanda Sabtu lalu. Seluruh rakyat Fiji dilarang keluar rumah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Taufan Siklon Winston dipercayai akan melalui dua pulau yang mempunyai populasi tertinggi di Fiji. 

Perdana Menteri Frank Bainimarama memperingatkan warga Fiji supaya menyiapkan diri atas peristiwa yang disifatkan mengerikan itu.

Para pengkaji cuaca juga mengatakan bahawa akan ada kemungkinan taufan itu akan melanda ibu kota.

Winston merupakan siklon paling kuat pernah direkodkan di Hemisfera Selatan. Taufan itu membinasakan beratus-ratus kediaman, merosakkan infrastruktur dan memaksa penduduk yang ketakutan untuk berlindung di pusat-pusat pemindahan.

Ramai pelancong asing mula meninggalkan Fiji semalam selepas angka kematian akibat Siklon Winston meningkat kepada 20 orang.

Seorang pelancong dari Melbourne memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia bahawa dia mendengar pokok-pokok tercabut dari tanah ketika berlindung daripada Siklon Winston di dalam sebuah hotel di pulau utama Fiji, Viti Levu.

Saya tidak pernah mendengar desiran angin sekuat ini. Ia amat menggerunkan, katanya.

"Winston adalah raksasa dari angin taufan, saya belum pernah mengalami situasi seperti ini dalam hidup saya" kata seorang warga Fiji, Nazeem Kasim, kepada CNN. - CARI Infonet.









Sumber - AFP/AGENSI




Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 2
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Firehill88 23-2-2016 02:57 PM
Kat Malaysia baru bumbung kena terbang angin kuat pon dah kecoh

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 23-2-2016 12:44 PM
Menakutkan syukur Malaysia tak dilanda angin taufan sebegitu
Quote Firehill88 23-2-2016 02:57 PM
Kat Malaysia baru bumbung kena terbang angin kuat pon dah kecoh

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.082717s Gzip On
To Top