CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Individu wanita yang mengaku pemilik anjing Rocky perlu diheret ke mahkamah dan didakwa

5-8-2026 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 417| Komen: 9

 


Individu wanita yang mengaku pemilik anjing Rocky perlu diheret ke mahkamah dan didakwa :

 1. Tiada lesen anjing PBT (Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing 2017) 
2. Mengabaikan / Ingkar Notis Kacau Ganggu (Jika ada dikeluarkan PBT)
 3. Mengabaikan anjing dengan sengaja melepaskan hingga mendedahkan anjing kepada bahaya kecederaan dan berakhir kematian (Akta Kebajikan Haiwan 2015) 
4. Mengganggu tugas penjawat awam (Seksyen 186 Kanun Keseksaan) 
5. Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan Menjelaskan kesalahan membuat, menerbitkan, atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin, atau laporan dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, atau kepada mana-mana Golongan awam sehingga boleh mendorong seseorang melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam. 
6. Saman sivil atas beberapa perkara antaranya tuduhan tanpa bukti jelas terhadap penangkap yang dikatakan membunuh anjing Rocky, merakam dan memviralkan video tanpa kebenaran 

Tidak adil siasatan hanya tertumpu kepada penangkap anjing yang menjalankan tugas dan tanggungjawab secara beramanah di bawah arahan peruntukkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 mengikut S.O.P KPKT sendiri. 


Pendidikan tegas melalui tindakan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap individu dan rakyat ingkar peraturan hingga menimbulkan kebahayaan dan ancaman keselamatan awam amat perlu diberikan kepada yang ingkar supaya menjadi peringatan dan pelajaran. 

Tujuan undang-undang dicipta adalah untuk kenyamanan, ketertiban dan keselamatan masyarakat. Bukan untuk dilanggar oleh golongan yang degil, bodoh dan ingkar. Ini satu kejahatan sebenarnya.


 


- Prof Madya Arie Dwi Andika (Presiden Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang, Penyiasatan & Keselamatan Malaysia)

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beautifulorchid 5-8-2026 10:42 AM
setuju di kenakan tindakan. speciallybela anjing tapi jaga betol betol.. lesen pun
tarak.
Quote Decaffeinated 5-8-2026 10:43 AM
Prof tu nama sebenar ka?
Quote nisako 5-8-2026 03:07 PM
pe lagi ... tangkap la
Quote babelina 5-8-2026 03:50 PM
nie baru btllll
Quote Akalditipumata 5-8-2026 11:11 PM
Bg.. pencinta sgt.. bg mkn je.. jaga X.. sembang.. Pasto bdk2 kne Serang suruh tye bdk2 tu knp kacau anjing ni.. ehhh anjirrr la korg.. anjing ni xkacau pn dia kejar..
Quote JohnnyLever 5-8-2026 11:39 PM
ini anjing satu ekor busuk juga.. satu negara mahu pening kepala..

apa tak ada otak juga masing2... sendiri makan pun ada susah... tak dapat IPTA juga ada komplen.. ini anjing juga mahu bising..

banyak anjing betul... busuk punya anjing
Quote prettyuglybabe 6-8-2026 11:50 AM
bukan dia dah pusing ke kata itu bukan anjing dia
Quote asfaz 6-8-2026 01:08 PM
Edited by asfaz at 6-8-2026 01:10 PM
prettyuglybabe replied at 6-8-2026 11:50 AM
bukan dia dah pusing ke kata itu bukan anjing dia


Latest AI jumpa dia kata takde lesen[ig]https://www.instagram.com/p/DbqRtuKmXfN/?igsh=MW45YWIxc2N2dXJ3bw==[/ig]
Quote airfilterkotor 6-8-2026 08:06 PM
Pandai dia menaku "Rocky tiada lesen" supaya nampak macam Rocky pulak yang salah.
Yang sepatutnya adalah dia yang takde lesen.

Lagi berbelit kau cakap, lagi tergadai kredibiliti kau tanggachi oiii.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-8-2026 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.033731 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top