CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hampir kesemua migran di Cueta pulang ke Maghribi - Marlaska

5-8-2026 09:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 112| Komen: 4

 



MADRID: Menteri Dalam Negeri Sepanyol Fernando Grande-Marlaska memaklumkan pada Selasa kira-kira 70,000 daripada 72,000 migran yang merentasi enklaf Ceuta milik Sepanyol di Afrika Utara dari Maghribi minggu lepas, kini telah kembali ke negara asal mereka, lapor Agensi Berita Xinhua.

Marlaska menyatakan perkara itu pada sidang media selepas sidang video tergempar Menteri-Menteri Dalam Negeri Kesatuan Eropah (EU) bagi membincangkan krisis kemasukan migran ke Ceuta.

Beliau berkata kesemua negara anggota EU dan negara sekutu Schengen menyertai mesyuarat itu secara konstruktif serta mengiktiraf tindakan pantas pihak berkuasa Sepanyol dalam menangani krisis berkenaan.

Marlaska berkata Ceuta tertakluk kepada pengaturan khas di bawah rangka kerja Schengen dan tiada sesiapa dibenarkan meninggalkan enklaf itu untuk ke tanah besar Sepanyol tanpa melalui pemeriksaan dokumen yang sah. Justeru, beliau menegaskan kawasan Schengen tidak pernah berada dalam keadaan berisiko.

Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen sebelum ini memaklumkan tiada seorang pun daripada migran yang terlibat dalam kejadian melintas secara besar-besaran itu berjaya sampai ke tanah besar Sepanyol atau mana-mana bahagian lain di EU dari Ceuta.

Menurut ringkasan mesyuarat EU pada Selasa, negara-negara peserta menzahirkan "solidariti teguh" kepada Sepanyol dan bersetuju untuk memperkemas sistem pengesanan serta amaran awal blok berkenaan bagi mengenal pasti pergerakan berskala besar sedemikian pada peringkat lebih awal.

Sementara itu, delegasi Kerajaan Sepanyol di Ceuta pada Selasa mengesahkan tiga lagi mayat berkaitan insiden berkenaan telah ditemukan sejak Isnin, sekali gus meningkatkan jumlah kematian yang disahkan dalam kejadian di Ceuta itu kepada 75 orang.

-- BERNAMA-XINHUA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 5-8-2026 10:24 AM
Tak kan la sanchez benci immigrant... Patut facilitate depa... Bagi citizenship sekali...

Serve welcome drink
Quote FOTHER-MUCKER 6-8-2026 03:31 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-8-2026 11:43 AM

Ini video terbaru, yang kata hampir ke semua tu tak betul. Spanish government tidak boleh menghantar pendatang ni pulang secara paksaan kerana mereka memasuki melalui laut.  Mengikut undang undang Spanish masuk melalui laut tidak boleh di hantar pulang.
Bila ngo/human rights mencerobohi undang undang negara. SECARA PERLAHAN SATU HARI NANTI MALAYSIA JUGA AKAN MENGALAMI NASIB YANG SAMA.

[youtube]oLtpNv4dvLE[/youtube]
https://m.youtube.com/watch?v=oLtpNv4dvLE&t=1441s&ra=m

Quote FOTHER-MUCKER 6-8-2026 03:50 AM




Quote IzzahF 6-8-2026 08:55 AM
FOTHER-MUCKER replied at 6-8-2026 03:31 AM
Ini video terbaru, yang kata hampir ke semua tu tak betul. Spanish government tidak boleh menghantar ...

bodo juga undang2 nya tu ya...sapala jebauk yg buat undang2 tu. mesti tak tenang duk dlm kubur hari2 makan sumpah

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-8-2026 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.031771 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top