CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ronnie Liu Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya

4-8-2026 04:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 123| Komen: 2

 



KUALA LUMPUR – Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew menyarankan pelaksanaan persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16)

Beliau mendakwa kini adalah masa yang tepat berbuat demikian memandangkan tempoh bertenang perundangan selama lapan tahun yang diperuntukkan oleh Perlembagaan telah tamat.

Ronnie mendakwa, persempadanan baharu penting bagi membetulkan ketidakseimbangan undi yang teruk akibat pelaksanaan Undi18 serta pertambahan jutaan pengundi baharu yang berdaftar.

Beliau turut mendakwa, langkah itu sebagai kritikal untuk memulihkan legitimasi pilihan raya, menegakkan prinsip satu orang satu undi dan menstabilkan politik negara.

Selain itu, dakwanya, penyempadanan semula adalah adil kerana mampu meratakan medan persaingan semua parti serta menghapuskan bias struktur yang lapuk.

Menurut Ronnie, tanpa penyempadanan baharu, PRU16 akan dijalankan menggunakan sempadan lama dengan nilai undi yang tidak sama rata.

"Pilihan raya sepatutnya diasaskan kepada demokrasi yang saksama, bukan geografi pilihan raya yang usang.

"Penyempadanan bukan keuntungan parti tertentu, ia adalah hak asasi setiap pengundi," dakwanya dalam satu kenyataan di media sosial. - MYNEWSHUB 

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Ronnie Liu Tian Khiew 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 4-8-2026 04:55 PM
Klau mcm tu baik buat pru ikut logo x pyh sempadan, siapa majoriti dia la perintah, lantikan kabinet ikut sukahati ahli parti yg menang. Parti kalah jd pembangkang xde dah kjn perpaduan, campuran lg. X puas hati tggu je la 5 tahun lg
Quote Purestteam1 4-8-2026 05:12 PM
kebanggaan team *******

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-8-2026 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.034984 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top