CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Sampai Bila Nak Kejar Dunia? Umur Pun Dah Hampir Separuh Abad” - Salina Saibi

4-8-2026 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 371| Komen: 7

 


Dilihat tampil berhijab, pelakon Salina Saibi berkata dia belum berani mengesahkan penghijrahannya kerana bimbang tidak mampu untuk istiqamah.

Memetik BH Online, pelakon berusia 44 tahun itu berkata dia berdoa agar diberi kekuatan serta mengakui dirinya insan yang lemah serta iman tidak kuat.

“Saya takut juga nak bercakap mengenai perkara ini (bertudung). Tetapi setakat ini semuanya baik. Inilah diri saya sekarang, apa yang orang nampak, inilah saya.

“Perubahan ini berlaku selepas saya pulang daripada mengerjakan umrah. Insya-Allah doakan saya kerana saya pun insan yang lemah dan iman saya juga tidak kuat.

“Setiap kali memakai tudung, ada sahaja bisikan yang menguji. Kadang-kadang bukan sahaja daripada syaitan, tetapi juga daripada diri sendiri,” katanya.

Sementara itu, Salina mengakui rindukan penampilan rambutnya serta menyifatkan ianya dugaan penghijrahannya itu dan kita tidak tahu berapa lama akan hidup di dunia. 

“Saya memang rindu rambut saya yang dulu. Saya akui rambut saya sangat cantik dan itu antara dugaan terbesar saya. Tetapi saya fikir, sampai bila lagi kita hendak mengejar perkara dunia? Umur pun sudah menghampiri separuh abad. Kita tidak tahu sampai bila Allah pinjamkan usia.

“Jadi kalau ada peluang untuk melakukan kebaikan kepada diri sendiri, lakukanlah. Jangan terlalu sibuk memikirkan orang lain sehingga terlupa memperbaiki diri sendiri,” katanya.

Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miss_white 4-8-2026 02:59 PM
Ko dah separuh Abad baru nk katop rambut  .lepas tu  cakap rindu dgn rambut ko yg cantik tu.baik jgn katup lah kalo ckp macam2..
Quote dewi_rina 4-8-2026 04:14 PM
Alhamdulillah dah sedar, semoga istiqamah lah ye kak

Takut kang tudung terbang bgtahu taknak hipokrit pulak
Quote Orenn1 4-8-2026 04:54 PM
Ni seko lagi mcm acik lisasuriayani n acik mynmmar rohinggya tu. Banyaknya mulot ko setan oiii, klu dah pakai tudung duk diam2 blh tak, tak payah acah2 terpaling syumul sgt, ramai jah org pakai tudung takde yg special. takyah over sgt boleh tak, rasa penamparr jah muka setan seko perasan molia ni phuiii
Quote ghopper 4-8-2026 04:58 PM
miss_white replied at 4-8-2026 02:59 PM
Ko dah separuh Abad baru nk katop rambut  .lepas tu  cakap rindu dgn rambut ko yg cantik tu.baik jgn ...

Boleh je kan, dia gayakan rambut dia kat rumah. Dengan syarat tiada yang bukan muhrim dalam rumah tu.
Keluar je pakai tudung.
Quote zuriey 4-8-2026 05:17 PM
Tak pyh beria
Risau 2-3 bulan keluar statment "iman turun naik" atau "nak jadi diri sendiri"
Quote miss_white 4-8-2026 05:40 PM
ghopper replied at 4-8-2026 09:58 AM
Boleh je kan, dia gayakan rambut dia kat rumah. Dengan syarat tiada yang bukan muhrim dalam rumah  ...

Betul .tak kan itu pun dia tak tahu .
Quote aerara39 5-8-2026 10:01 AM
Kenapa nak rindu rambut yg dulu, rambut kan masih ada, rambut hanya ditutup untuk tatapan umum pelik2 je statement

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-8-2026 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.037261 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top