|
Pelakon dan model Zahnita Wilson mengesahkan dia kini bergelar tunangan orang dalam satu majlis diadakan baru-baru ini.
Memetik BH Online, Zahnita bagaimanapun memilih untuk rahsiakan identiti lelaki dikenali ‘F’ itu yang berstatus duda tanpa anak. “Ya, saya sudah bertunang. Alhamdulillah, saya kini berada dalam fasa bahagia. Buat masa ini, saya belum bersedia memperkenalkan siapa dia kepada umum. Dia bukan orang industri. Cukuplah saya beritahu nama pangkalnya ialah ‘F’,” katanya. Sementara itu, Zahnita berkongsikan tunangnya itu seorang yang penyayang serta memahami dirinya. “Dia seorang yang sangat memahami saya. Kami mudah berkomunikasi dan itu antara perkara yang membuatkan saya yakin untuk melangkah ke fasa seterusnya,” katanya Dalam pada itu, Zahnita berkata dia membuat keputusann menyerahkan hak penjagaan keempat-empat anaknya kepada bekas suami, Abdul Zackery secara rela hati kerana percaya itu adalah pilihan terbaik demi masa depan mereka. “Saya serahkan hak penjagaan anak kepada bekas suami dengan rela hati kerana saya percaya dia mampu menjaga mereka dengan baik. Saya sudah melepaskan apa yang berlaku pada masa lalu dan saya juga sudah memaafkannya. “Saya merasakan dia lebih berkemampuan daripada segi kewangan, manakala saya pula belum mempunyai pendapatan yang benar-benar stabil. Semua ini saya lakukan demi masa depan anak-anak,” katanya. Sumber: BH Online
|
Skyline_84 replied at 4-8-2026 12:23 PM
Dlu pun kawen mamak tu pun sb masa tu mamak tu berduit. Last2 jdi sakai salahkn laki penyebab dia jd ...
prince_marhaen replied at 4-8-2026 04:28 PM
mmg buat benda tak fikir panjang eh si bendul ni. lawa tapi bengap.
sesuai karakter dia Ayu, dalam ...

supernaturalee replied at 4-8-2026 05:44 PM
"ayu sayang abang
sayang abang sangat2"
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-8-2026 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.035871 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.