CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

DOLLA bakal gegar pentas The A Festival Paris Oktober ini

31-7-2026 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 509| Komen: 9

 



Kumpulan M-pop, DOLLA melakar sejarah tersendiri apabila bakal menyertai festival muzik berprestij, The A Festival Paris yang dijadualkan berlangsung pada Oktober depan.

Acara yang akan diadakan di Paris Event Center, Perancis menghimpunkan barisan artis, peminat dan pemain industri muzik dari seluruh dunia sekali gus menjadi platform terbaik bagi memperluaskan pengaruh di pentas global.

Sebagai pemacu utama industri pop moden Malaysia, DOLLA berjaya membina reputasi kukuh menerusi persembahan bertenaga, kreativiti berani, serta identiti yang cukup unik.

DOLLA yang kini bergiat aktif sebagai trio menyifatkan penyertaan dalam festival itu membuktikan mereka terus melangkah jauh dan mengangkat martabat muzik tempatan ke tahap lebih tinggi. 

Kejayaan itu sekali gus memikat hati jutaan peminat, selain mengukuhkan kedudukan mereka antara bintang pop paling berpengaruh di rantau ini.

Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan persembahan bertenaga secara langsung daripada DOLLA di The A Festival pada 24 Oktober depan. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 31-7-2026 02:12 PM
Rugi laa shasya tak dapat mendunia..tang manalah yg salahnya ada bf mcm nobita tu sampai pandai makan xpandai simpan..rugi..patut masa tgh mendonia ni grab la jerung..baru berbaloi nk cuci tangan pun
Quote hyie 1-8-2026 12:24 AM
steps tarian dolla makin lama makin nampak bosan dan longlai
Quote pocongkiutss 1-8-2026 01:30 AM
orkid_amani replied at 31-7-2026 02:12 PM
Rugi laa shasya tak dapat mendunia..tang manalah yg salahnya ada bf mcm nobita tu sampai pandai maka ...

Menda la.. at least dia tak gugurkan anak tu..mendonia hape la sgt dolah ni pun?? Level black pink ke ponnn? tangkap jerung?
Quote hayrin86 1-8-2026 08:47 AM
hyie replied at 1-8-2026 12:24 AM
steps tarian dolla makin lama makin nampak bosan dan longlai

Kan.. 1990-an hingga awal 2000-an yang padu.. Sekarang kalau buka radio pun dgr info/maklumat yang mutakhir aje
Quote orkid_amani 1-8-2026 02:32 PM
pocongkiutss replied at 1-8-2026 01:30 AM
Menda la.. at least dia tak gugurkan anak tu..mendonia hape la sgt dolah ni pun?? Level black pink ...

Antara girl group yg ok jugak laa dola tu w/pun pakaian seksa..ada la jugak lagu dola yg org ingat..tp tuu laa xtau mana silap si syasya tuu
Quote shernazz 2-8-2026 10:09 AM
orkid_amani replied at 31-7-2026 02:12 PM
Rugi laa shasya tak dapat mendunia..tang manalah yg salahnya ada bf mcm nobita tu sampai pandai maka ...

Skang dok menggelinjang tepi jalan jah...
Masih ketagih nak menari...haha
Quote rayna_raynes 2-8-2026 05:38 PM
orkid_amani replied at 31-7-2026 02:12 PM
Rugi laa shasya tak dapat mendunia..tang manalah yg salahnya ada bf mcm nobita tu sampai pandai maka ...

Hey dia keluar Dolla demi mencari Tuhan ya
Awas chuols dikecam

Quote orkid_amani 2-8-2026 07:54 PM
shernazz replied at 2-8-2026 10:09 AM
Skang dok menggelinjang tepi jalan jah...
Masih ketagih nak menari...haha

Kan..kot laa dah bertutup litup tu terus tinggalkan dancing2..itu kata kalau dia kawin & teruskan ja jadi retis xdak sapa pun heran..diorang ni kn dah lali kena kecam dgn polis aurat..
Quote orkid_amani 2-8-2026 07:56 PM
rayna_raynes replied at 2-8-2026 05:38 PM
Hey dia keluar Dolla demi mencari Tuhan ya
Awas chuols dikecam

Cari tuhan laa sgt..nampak dia masih rindu dgn dunia retis lg ni..tp skg dah aank kecik ni kena focus utk ank dulu la..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.030318 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top