CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Reina Diana Cemburu Keith Foo Dengan Heroin Lain Tapi Tetap Profesional

30-7-2026 11:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1020| Komen: 15



Pelakon Riena Diana mengakui cemburu melihat kekasihnya melihat kekasihnya Keith Foo bergandingan dengan heroin lain bagaimanapun dia tetap bersikap profesional.

Memetik mStar Online, Riena berkata sebagai manusia biasa sudah pasti akan rasa perasaan tersebut namun dia menghormati serta memahami tuntutan kerjaya masing-masing.

“Tipulah kalau saya kata saya tak cemburu. Saya manusia biasa, sudah tentu ada rasa cemburu. Tapi saya tak boleh mengongkong dia sebab saya pun dalam industri sama.

“Kalau dia perlu buat sesuatu untuk watak, saya pun perlu buat perlu buat perkara yang sama. Bagi saya yang penting masing-masing tahu menjaga batas. Selagi tahu di mana had dan kekal profesional itu sudah memadai,” katanya.

Sementara itu, Riena menafikan dakwaan dia mengongokong Keith sehingga tidak benarkan kekasihnya itu rapat dengan pelakon wanita lain.


“Bagi saya kalau saya sentiasa ada dengan Kieth buat kandungan media sosial, susah untuk dia promosikan drama dia. Jadi saya beri peluang untuk dia fokus.

“Sekarang dah tengah sibuk dengan rezeki dia pun semakin murah. Saya cuma beri ruang supaya dia boleh bersinar dalam kerjaya,” katanya.  

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arnabpurplee 30-7-2026 11:08 PM
dah namanya berlakonn
Quote KirazMevsimi 31-7-2026 03:58 AM
pening pulak baca ayat dalam berita ni
Quote KirazMevsimi 31-7-2026 04:00 AM
isu ni ke yang keluar kat melodi malam tadi? terpaksa harissa adlynn dan kitpoo mengeluarkan kenyataan

sape kah pelakon lelaki yang dikatakan  
menggoda harissa? haaaa
Quote ninja boy 31-7-2026 06:27 AM
Edited by ninja boy at 31-7-2026 06:28 AM

Ni lagi satu brp lama kena sidai
Quote asfaz 31-7-2026 06:40 AM
Ada ciri2 ex bini tutttt... Mau tiap kali berlakon,claim curang
Quote sue_liah 31-7-2026 10:31 AM
geli je bukan laki bini pun
lama dh bergesel bila nak nikahnya
Quote sphinx 31-7-2026 10:42 AM
diaorg ni pun dah lama kann.. ex-wife keith foo dah selamat convert and menikah..  tp anak diaorg skrg status agama apa eyh, curious plak nk tahu. adakah mengikut mummy atau daddy? pastu kalau keith jadi kawen dgn lailer, automatically anak akn ikut convert sekali kah
Quote L.U.S.M 31-7-2026 01:28 PM
Kenapa la si lailer ni obses dgn cina ni...klu masa dia muda hensem bergaya xpela jgk..ni masa dh kertu pastu mcm lebih pada nk benefit relationship je..bkn nk ikhlas kawen dgn lailer pun tu yang sidai lama
Quote lasagna 31-7-2026 02:34 PM
sphinx replied at 31-7-2026 10:42 AM
diaorg ni pun dah lama kann.. ex-wife keith foo dah selamat convert and menikah..  tp anak diaorg sk ...

apa soalan ko nok? dah sah2 kalau keith kawen dgn lailer, musti dah reverted to muslim.. dapat anak dah tentu laa muslim laa uuiii..
Quote sphinx 31-7-2026 02:56 PM
lasagna replied at 31-7-2026 02:34 PM
apa soalan ko nok? dah sah2 kalau keith kawen dgn lailer, musti dah reverted to muslim.. dapat anak ...

manalah tau kot2 anak diberi pilihan, bleh choose whichever she want to..
iols ade kenal sorang indian woman, she reverted tapi anak2 tak ikut.. but after few years camtu, baru anak2 ikut revert.. she kata tak nak memaksa thats why masa revert, dia tak minta ank2 join sekali.. anak2 time tu masih sekolah.. cuma iols tak ingat plak sama ada husband dia dh meninggal or they were divorced
Quote lasagna 31-7-2026 03:11 PM
sphinx replied at 31-7-2026 02:56 PM
manalah tau kot2 anak diberi pilihan, bleh choose whichever she want to..
iols ade kenal sorang i ...

in this context lailer tu xde anak pun maksud iols..
bukan anak keith tu, ni if they both nikah, anak mereka sendiri (dilahirkan islam).

kalau anak keith yg with ex wifey, they can choose sendiri tiada paksaan.
same goes macam daphne iking, anak dari ex terpulang which path dia nak ikot.
Quote KirazMevsimi 31-7-2026 09:17 PM
cepatkan sikit kayuhan meminang tu keithpu  
Quote noor2 2-8-2026 08:33 AM
Dah mcm laki bini pun...x payahla nikah
Quote ekselen 2-8-2026 02:03 PM
cemburu...cemburu...bila nk kawin?
Quote kashaz 4-8-2026 05:39 PM
lasagna replied at 31-7-2026 03:11 PM
in this context lailer tu xde anak pun maksud iols..
bukan anak keith tu, ni if they both nikah, a ...

ituler soklan dia..
dia nak tau lepas ex-wife convert, anak2 dah convert sekali or masih nonmuslim..
dan kalau masih non-muslim, kalau keith convert, anak2 depa kekal nonmuslim gak ke..since both parents convert.


gitulah pemahaman i soklan dia..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.029523 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top