CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Doakan Saya Berjaya Dalam Bidang Baru Ini” – Linda Hashim Bakal Bergelar Mutawwifah

30-7-2026 10:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 807| Komen: 9

 


Pelakon Linda Hashim bakal bergelar mutawaifah untuk membimbing jemaah untuk menunaikan ibadah umrah bermula tahun hadapan.

Memetik Harian Metro, Linda ebrkata dia masih lagi belajar dan mengikuti kursus serta memohon doa agar dipermudahkan urusannya dalam bidan baru itu.

“Insya-Allah saya akan membimbing jemaah untuk ke umrah. Saya akan bergelar mutawif wanita atau mutawwifah lepas ini. Saya sangat-sangat baru dalam bidang mutawwifah ini, masih lagi ada kursus dan masih lagi belajar. Insya-Allah tahun depan ia akan bermula. Doakan semoga saya berjaya dalam bidang baru ini,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kerjanyanya dalam bidang lakonan, dia akan melihat cerita yang bersesuaian serta memberikan manfaat kepada penonton.

“Cerita yang saya rasa mendatangkan manfaat pada penonton, saya takkan lepaskan peluang untuk berlakon. Tapi kalau kata cerita itu tidak mendatangkan apa-apa kesan pada penonton, mungkin saya tak buatlah.


“Sebab sekarang ini apa yang kita buat semua kita nak kena fikir, kita ini ada pengikut. Jadi nak kena fikir bila orang tengok kita, nak orang tengok yang elok-elok saja. Yang sejuk mata memandang, yang baik-baik sajalah. Tak nak tunjuk benda yang tidak baik,” katanya.

Linda Hashim dan Beego sah bercerai talak tiga oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 31-7-2026 01:13 AM
Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan.
Quote LembingDayanti 31-7-2026 02:16 AM
OMG jgn sampai i pun join kursus ni!!!
Quote KirazMevsimi 31-7-2026 04:04 AM
moga berjaya dan berbahagia, dimurahkan rezeki sentiasa oleh Allah buat Linda dan anak anak. amin
Quote MatDeghem 31-7-2026 07:46 AM
Jadi pegawai group umrah kot. Kena banyak sabar....macam2 karenah jemaah. Banyak cobaan. Kena firm tapi helpful tau.





Quote kakakko 31-7-2026 09:20 AM
Alhamdulillahhh.
Quote Nurul8001 31-7-2026 10:49 AM
Pernah jumpa sekali je. Yg ingat lawa betholll. Dia ni pun salah seorang yg lawa pada mana2 angle. Tapi, muka tak mesra la masa tu. Mungkin tgh tak sihat la kot saya fikir.
Semoga tahanla nak handle jemaah2.
Quote babelina 31-7-2026 11:02 AM
moga dipermudahkn segala nya utk Linda.. amin yra..
i ols suka dia berlakon.. nk sgt tgk blk citer dulu2.. tp x ditayangkn pula..
Quote jerukkedondong 1-8-2026 10:13 AM
bagus..berhijrah profession kearah yg lebih baik..mungkin terinspirasi dgn Wan Sharmila aka Lala..
moga Allah permudahkn ye
Quote Minami2013 1-8-2026 11:21 AM
Alhamdulillah. Baca komen kenalan linda hashim ni bila netz tanya tak berlakon lagi ke.. dia jawab linda mungkin berlakon watak2 yg bagi manfaat je. Moga istiqamah.  

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.045007 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top