CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya tak ada dekat tempat yang boleh demand’ - Irfan Zaini

30-7-2026 10:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 351| Komen: 4

 


Meskipun pernah menimba pengalaman beraksi dalam industri perfileman India, pelakon Irfan Zaini enggan meletakkan harga tinggi bagi tawaran lakonan di tanah air.

Menurut pemilik nama lengkap Muhammad Irfan Mohamed Zaini, 31, fokus utamanya adalah untuk membina portfolio serta mengukuhkan bakat menerusi pemilihan naskhah yang berkualiti.

“Fasal bayaran saya, rasanya saya tak ada dekat tempat yang boleh ‘demand’. Saya baru juga.

“Jadi saya lagi memilih watak dan skrip. Saya rasa saya utamakan benda itu lebih daripada bayaran yang saya dapat,” katanya ketika ditemui pada sidang media dan pelancaran treler filem terbaharu lakonannya Terbang, semalam.

Pada masa sama, bintang filem Blood Brothers itu mengakui bayaran pelakon di India sememangnya lebih tinggi memandangkan peruntukan besar yang dilaburkan untuk menghasilkan sesebuah filem atau drama.


“Macam saya katakan, peruntukan menghasilkan filem di India jauh lebih besar, lebih kurang RM400 juta jika dibandingkan Malaysia.

“Jadi, tentu sekali bayaran pelakon lebih mahal kerana kita maklum betapa besar bayaran pelakon di sana,” ujarnya.

Berkongsi lanjut, Irfan menyifatkan peluang beraksi dalam produksi negara berkenaan sebagai satu pencapaian peribadi yang amat bermakna buat dirinya.

“Seorang pelakon kerdil seperti saya amat susah untuk tembusi pasaran filem India, untuk dapatkan satu babak sahaja amat payah.

“Bayangkan betapa bersyukurnya saya apabila diberikan watak dalam filem itu. Itu bukan pencapaian yang kecil.

“Pengalaman berlakon di India banyak mengajar saya. Apatah lagi berlakon dalam set penggambaran yang cukup besar,” kongsinya.

Sebelum ini, Irfan membintangi beberapa filem Tamil termasuk Kuruvi pada tahun 2008, The Greatest Of All Time (2024) dan Jana Nayagan (2026). – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 31-7-2026 01:34 AM
"Sebelum ini, Irfan membintangi beberapa filem Tamil termasuk Kuruvi pada tahun 2008, The Greatest Of All Time (2024) dan Jana Nayagan (2026)."

Oh, nanti nak cari filem ni.
Nak tengok.

Quote Orenn1 31-7-2026 03:56 AM
Cantiknya kulitt, pakai product apa tu, spill the skincare pls
Quote Kancilkering 31-7-2026 07:07 AM
dia lumur kunyit kut....

hensem le dia...nanti ada movie baru dia ngan jijan driver F1 ke apa ntah....
Quote babelina 31-7-2026 10:57 AM
elokkkk btl dia nie.. bab lakonan cuma kna perbaiki lontaran dialog tu.. kna lebih fasih lenggok melayunya.. baru feel lebih..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.031577 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top