CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tidak perlu ambil tahu punca saya bercerai’ - Zizi Kirana

11-7-2026 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1441| Komen: 9

 

Penyanyi dan aktivis kemanusian, Zizi Kirana meminta agar netizen berhenti membuat spekulasi tentang punca perceraiannya dengan pelakon, Yusuf Bahrin.

Sebelum ini ada dakwaan mengatakan rumah tangga mereka runtuh gara-gara orang ketiga. Ada juga yang mendakwa penyertaan Zizi ke misi kemanusian Global Sumud Flotilla sebagai punca.

Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, dia tidak gemar berkongsi soal peribadi kepada umum terutamanya kisah rumah tangganya.

“Orang akan sentiasa bercakap. Saya tidak boleh nak tutup mulut orang dan halang cara orang berfikir.

“Ketika hari saya bercerai pun, saya dapat banyak mesej yang bertanya apa punca saya bercerai.

“Tetapi bagi saya, orang luar tidak perlu tahu. Cukup sekadar mereka tahu bahawa hubungan kami sampai di sini sahaja.

“Kepada orang di luar sana, demi menjaga kesihatan mental anda sendiri, tak perlulah buat spekulasi dan berteka teki punca pencarian saya,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu Yang Tinggal, di sini, semalam.


Namun kata pelantun lagu Eh itu, dia terharu kerana terdapat ramai yang mendoakan kesejahteraannya sebaik sahaja mengetahui berita tentang perceraiannya.

“Saya sangat berterima kasih kerana ramai yang mendoakan saya ketika itu. Saya sampai terkejut. Comelnya mereka doa dan komen yang baik-baik untuk saya.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada rakan-rakan media yang mesej saya ketika itu tetapi saya tak dapat nak balas satu per satu. Ketika itu saya belum bersedia untuk bertemu media dan dalam persiapan untuk ke misi kemanusian yang seterusnya.

“Pulang sahaja ke rumah dari mahkamah saya terus kemas barang untuk terbang ke Mesir keesokan harinya,” jelasnya.

Terdahulu Zizi dan Yusuf sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 2 April lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asfaz 11-7-2026 09:55 PM
Macam tak pernah nampak pulak sesapa gossip bertanya punca cerai.
Btw noreen yg baru cerai tu dah bukak tudung.,kawan dgn pengkid ke?
Quote red_velvet 12-7-2026 12:26 AM
Sape yang kecoh Tanya? Takde sape kezzah pun. Perasan popular sangat ke?
Quote Perawankota 12-7-2026 01:31 AM
Masih relevant ke dia ni
Quote asfaz 12-7-2026 07:18 AM
red_velvet replied at 12-7-2026 12:26 AM
Sape yang kecoh Tanya? Takde sape kezzah pun. Perasan popular sangat ke?

Khensss..sekjp aje la masa bercerai.. pastu macam senyap aje takde org kisahkan pun.
Kot la ada tak smpi 10 org kot
Quote Kiyah 12-7-2026 10:19 AM
so skrg dia dah xpakai purdah ke?
Quote red_velvet 12-7-2026 10:35 AM
Kiyah replied at 12-7-2026 10:19 AM
so skrg dia dah xpakai purdah ke?

Kejap pakai kejap tak.. Pakai niqab pun still pakai mascara, eye shadow, eye liner. Contact lense Hazel.. Pastu nyanyi2 depan ajnabi.. Ntah apa function niqab pun tatau la..
Quote caca_eric 12-7-2026 07:03 PM
red_velvet replied at 12-7-2026 10:35 AM
Kejap pakai kejap tak.. Pakai niqab pun still pakai mascara, eye shadow, eye liner. Contact lense  ...

Muka dia buruk kalau tak mekap tebal
Jd dia kena pakai hijab kot kalau malas mekap tebal
Quote viva_gerl 12-7-2026 09:16 PM
Yg penting ex shuben mmmmdapppp
Quote sexy_taec 13-7-2026 04:22 PM
kot mu la kak

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-8-2026 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.034357 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top