CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

PU Syed Saran DSV, Fazley Yaakob Segera Nikah

10-7-2026 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1492| Komen: 21

 



Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberi teguran kepada usahawan Datuk Seri Vida dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob berkenaan video mesra mereka yang tular.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, PU Syed menyarankan agar Vida dan Fazley untuk bernikah segera jika mereka serius.


“Saya nasihatkan kepada DSV dan Fazley sebaik-baiknya kalian nikahlah cepat. Saya sangat suka perkara baik ni, yang tak suka perkara baik ni hanya syaitan je.

“Bila dah bernikah, nak buat apa pun silakan. Cumanya janganlah kita viralkan sebab zaman sekarangni bukan semua orang suka tengok kita, ada yang rasa dengki dan sebagainya,” katanya.

Menurut PU Syed, dia menerima mesej daripada netizen yang meluahkan rasa kurang senang melihat aksi mersra mereka apatah lagi bukan suami isteri.

“Kita tak tahu status hubungan merkea, sama ada sudah menjadi suami isteri atau belum. Tapi setakat yang dimaklumkan, mereka masih belum bernikah. Kalau dilihat dalam video dikongsikan, banyak memaparkan kemesraan seolah seperti pasangan suami isteri,” katanya.

Sementara itu, PU Syed turut mengingatkan untuk menjaga batas pergualan agar tidak menjadi contoh yang tidak baik kepada masyarakat.

“Soalnya adakah sudah menjadi trend pasangan bercinta duduk bermesra walaupun dihadapan kamera untuk tontonan ramai. Perbuatan itu sepatutnya dielakkan demi menjaga tatasusila dan adab, lebih-lebih lagi sebagai seorang Muslim. Dimana selagi mana kita tidak diikat dengan perkahwinan yang sah, jaga adab,” katanya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ghopper 10-7-2026 04:37 PM
Edited by ghopper at 10-7-2026 04:38 PM

~..~
Quote prince_marhaen 10-7-2026 05:15 PM
berkuntum kat sosial media artis eh usetaz2 ni... isu-isu lain pasal agama ke bangsa takde nak stand up.
Ohh lupa... dia pun peserta rancangan TV kan.. at first place memang nak glamer.. PU ke DAI ke sama je suka attention..
Quote Miejaaa 10-7-2026 05:20 PM
PU nasihatkan sekali jandagarit dengan yb tuuu
Quote apedehal 10-7-2026 06:17 PM
Hahha..comey wat?boleh la buat hiburan hujung2 mggu..rare sikit
Quote Lilylies 10-7-2026 07:21 PM
Betulla tu. Cepat2 la kawin kalau betul tu semua bukan semata content. Lagipun x muda lagi kan. All the best lah.
Quote Orenn1 10-7-2026 07:27 PM
PU  pun tak payah tunjuk alim sgt lah, byk kes2 rogol puak2 ni phuiiii
Quote lanacondor 10-7-2026 08:28 PM
Adik dan kakak neelofa dia xnak pulak komen ye. Ke pilih2 bulu. Tu mek sabrina kumpulan dola yg pakai bju mcm berbogel xnak tegur?
Quote Tehran 10-7-2026 08:45 PM
Aku nak tengok Syamsul Yusof kahwin dengan siapa.
Quote Tehran 10-7-2026 08:46 PM
Fazley xgeli ke nak jadi suami vida? Nak cium pun geli wekkkkkkk
Quote Hoola 10-7-2026 09:18 PM
byk weding of the year kita mutakhir yinnih
Quote siasia 10-7-2026 09:19 PM
Eh serius ke bida ngan misai ni
Quote weezerfan 10-7-2026 11:32 PM
Sibuk je pu pu ni..alih2 korang kang leak gmbr burung terbang.
Quote Shayang 11-7-2026 07:52 AM
Sabar dulu tunggu jd model baju raya dulu
Quote L.U.S.M 11-7-2026 11:01 AM
Nk komen tu blh tp komen skali kawan2 seangkatan yg rapist yg scammer yg tunggang agama tu dulu
Quote marchikobonzo 11-7-2026 12:20 PM
2 2 sama geli
Quote Lampuled 11-7-2026 01:02 PM
Ramai lagi gini bkn pasangan ni jer. Mungkin sbb title J org tak brp nak kisah.
Kalau anak dara yg org nekan².
Tapj mmg geli tgk mak bapak budak duk buat perangai agau bercintan untuk tontonan umum. Anak² pun dh besar. Sikit lg nk dpt title atokopah. Kalau mmg berkenan kawin lah tak baik sidai mak org lama².
Quote cawanmilosuam 13-7-2026 12:34 AM
serabutnya aku dgn pu sed ni, derang kan mmg nk cari popularity, semakla nasihat2
Quote adeqbun 13-7-2026 08:37 AM
yg ni ai sokong..bkn jeles ke dengki..dh la selalu lalu lalng feed  dan reels kat medsos..jenuh nak hide..keluar jugak..acah2 sweet..dh tua buat cara tua la..kot nak jual brg dan marketing pon xyah nak gelenyar gitu mo
Quote lasagna 13-7-2026 08:53 AM
kawen kawen kawen

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-8-2026 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.041827 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top