CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bab ‘hygiene’ memang nombor satu, tapi ketiak tetap gelap... Ini 5 punca kulit bawah lengan hitam, ramai terlepas pandang!

8-7-2026 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1| Komen: 0

 



KETIAK yang cerah dan bersih sememangnya menjadi idaman ramai, namun hakikatnya bukan semua individu bernasib baik kerana ada yang terpaksa berdepan dengan masalah kulit pada bahagian tersebut.

Lebih merunsingkan apabila kulit ketiak menjadi semakin gelap meskipun kebersihan diri dijaga dengan baik.

Menjelaskan situasi yang sering merantai masyarakat, pakar dermatologi Dr Alok Vij berkata, terdapat beberapa tabiat harian yang tanpa disedari boleh menjadi penyumbang kepada perubahan warna kulit di bahagian ketiak.

Malah menerusi laman sesawang Cleveland Clinic, beliau turut berkongsi beberapa cara yang boleh dilakukan bagi membantu mencerahkannya.

1. Kerap mencukur bulu ketiak

Amalan mencukur bulu ketiak boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit. 

Bagi segelintir individu, keadaan itu boleh mencetuskan hiperpigmentasi yang menyebabkan bahagian berkenaan kelihatan lebih gelap.

2. Geseran akibat pakaian yang terlalu ketat

Pemakaian pakaian yang terlalu ketat boleh menyebabkan geseran berulang pada kulit ketiak.

Lama-kelamaan, keadaan itu berpotensi menyumbang kepada perubahan warna kulit.


 

3. Menggunakan deodoran yang menyebabkan iritasi

Sesetengah produk deodoran mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan, terutama bagi individu yang mempunyai kulit sensitif.

Jika keadaan itu berterusan, ia boleh memberi kesan terhadap warna kulit ketiak.

4. Jarang melakukan eksfoliasi

Pengumpulan sel kulit mati pada bahagian ketiak boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam dan lebih gelap. 

Oleh itu, eksfoliasi secara berkala dapat membantu menanggalkan sel kulit mati sekali gus mengembalikan warna asli ketiak anda.

5. Berat badan atau masalah kesihatan tertentu


Dalam sesetengah kes, ketiak menjadi gelap disebabkan faktor berat badan atau masalah kesihatan seperti rintangan insulin. 

Oleh itu, pemeriksaan doktor disarankan sekiranya perubahan warna berlaku tanpa sebab yang jelas.

Sumber : mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-7-2026 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.039598 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top