CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buli di asrama perempuan lebih teruk... Pelajar dakwa kepala disepak ketika wuduk, dipukul beramai-ramai dalam dorm

8-7-2026 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 488| Komen: 17

 



TRAUMA dialami oleh mangsa buli boleh kekal menghantui hidup mereka walaupun ia sudah bertahun-tahun berlalu.

Menurut seorang wanita, setiap penderitaan dialaminya ketika bergelar pelajar 23 tahun lalu juga masih segar terpahat di ingatan.

"Saya mangsa buli 23 tahun yang lepas. Sampai ke hari ini saya masih ingat, tak boleh lupa dan tak boleh maafkan orang yang buli saya.

"Saya kena sepak belakang kepala masa tengah ambil air sembahyang. Mata lebam sebab terhantuk kepala dekat paip besi. Kena sepak terajang ramai-ramai.

"Saya pernah kena pukul dalam dorm, kena tumbuk muka lepas mandi," imbasnya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads pada awal pagi Selasa.

Dakwa wanita itu lagi, dia juga pernah menyaksikan pelajar lain menjadi mangsa serangan seksual.

 


"Pernah nampak budak kena buli dalam dorm. Timun masuk bahagian 'bawah' dia. Sumpah tak boleh tolong. 

"Pembuli tu kata kalau sesiapa tolong, orang tu akan jadi mangsa seterusnya," kongsinya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa marah terhadap golongan pembuli kerana perbuatan mereka boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental mangsa.

Malah, ada netizen yang turut mendoakan agar kumpulan pembuli berkenaan menerima pembalasan setimpal atas perbuatan keji mereka.

"Mana budak-budak yang buli tu sekarang? Geramnya dengar. Allahuakhbar.

"Kadang teringin nak jumpa balik dengan pembuli. Dulu tak pandai nak balas," tulis netizen.

Sumber : mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 8-7-2026 05:23 PM
hasanah je ni
klu betul berlaku, nape tak report
apa ko OKU kaki tangan mulut ke masa kt hostel tu? tak reti nk report?
apa keliling pembuli tu pakai AK-47 keliling pinggang ke?


pada aku yang paling kejam disini, adalah yang tau org kene anaiya tapi dia diamkn diri, tu 2x5 ja dengan pembuli.
Quote ^CUN_GILA~. 8-7-2026 08:00 PM
Perangai anak2 kat asrama ni sama la mcm perangai makbapak kat luar.  Jenis yang social climber ni anak2 akan tiru gaya tu jugak la.  Nak cari clique yg glamer & kaya-raya saja di asrama tu.  
Quote lolipopmanish 8-7-2026 08:08 PM
Apa yg best nya buli org ni?

Sebab ada geng je tu, cuba sorang2 mampus kecut agaknya
Quote prince_marhaen 9-7-2026 08:45 AM
Aku tak pernah berada dalam circle yang ada pembuli-mangsa ni.. tapi pernah berada dalam circle aku jenis yang loud, jenis kalau rapat, rapat betul, kalau maki, maki betul2 depan2 sama2, so takde yang jadi mangsa-pemangsa,

Cuma dalam rapat tu pernah lah ada kawan jenis feeling-feeling alpha male (tapi sebenarnya narsis),
semua benda nak kontrol, nak ikut plan dia, kena lapor kat dia if ada masalah ngan siapa2, kena join dia kalau dia tak suka seseorang tu,  tak nak join something plan dia pun kena explain kenapa kau takleh join...so very drain everybody's energy..nak keluar kena sama-sama, dia akan pickup sorang-sorang (which is kau takleh nak elak) sebab rumah memang dekat-dekat selang 2-3 lorong. Memang rasa makin lama toxic sebab dia pun jenis insecure, kalau ada kawan sambung study, dia pun takleh kalah sambung jugak, kawan kerja best selalu outstation dia pun sanggup turun naik department lain nak dapatkan tempat yg kerap outstion jugak, etc etc.

Last2 sorang sorang pulaukan dia, bukan pulau macam tak kawan, tapi start mengelak jadi too attached, and masing-masing dah kerja tempat lain-lain, masa & jadual dah lain, buat hal masing-masing, and ended up kitorg dah macam berpecah lah buat hal masing2, tapi masih contact and sometimes je lepak2 tu pun gerak masing2 naik transport masing-masing. And dia dah tone down sikit, sebab dah takde 'pack' of wolves nak ikut kata dia.

So, kesimpulannya pembuli ni sama je macam orang narsis, bila narsis dia insecure, kalau kau melayan cekadak dia, lagi dia rasa dia besar, kalau takde orang layan, dia gitu je lah sorang.

Quote IzzahF 9-7-2026 11:16 AM
batmana replied at 8-7-2026 05:23 PM
hasanah je ni
klu betul berlaku, nape tak report
apa ko OKU kaki tangan mulut ke masa kt hostel tu?  ...

tingat plak kes sekolah kat melaka yg 4 budak ppuan umur 18/19 rogol budak ppuan umur 16 guna deodorant...anak ppuan sapa lah sial lahanat gila seks semoga mandul seumur hidup dan pendek umurnya. kalo btl ada kes2 mcm ni tp mangsa2 semua diam tak berani...mudah2an budak2 sial ni semua mandul dan pendek umur
Quote manjalara_01 9-7-2026 12:31 PM
I slalu kena buli kat tempat keje sbb lembab keje simple pun x bleh buat, malu sbb slalu kena making depan office mates..

Byk kali kena pecat kena buli. Xde sape yg nk befriend dgn weirdo mcm I ni.

Masa ni umur 20an. Rupa ya sbb undiagnosed ada 2 jenis oku mental & 2 neuro divergent. So kalau u all pun ada masalah mcm tu gi la check. Jgn tggu dah kertu haha
Quote Gingerly 9-7-2026 12:59 PM
manjalara_01 replied at 9-7-2026 12:31 PM
I slalu kena buli kat tempat keje sbb lembab keje simple pun x bleh buat, malu sbb slalu kena making ...

Hi. Mind to share and diskas tentang diagnose condition uolss dengan kami. Sekarang masih mengalami ke.

Anyway simpati dengan pengalaman yg u pernah lalui. Stay strong.
Quote Gingerly 9-7-2026 01:02 PM
batmana replied at 8-7-2026 05:23 PM
hasanah je ni
klu betul berlaku, nape tak report
apa ko OKU kaki tangan mulut ke masa kt hostel tu?  ...

Salam.

Mostly institusi yg terlibat tutup mulut walaupun students dah byk report. Rosak reputasi. Kan banyak news mcm ni dah keluar. Lagi satu ada certain students tak berani nk report sebab takut n tak tau nak buat apa.
Quote Gingerly 9-7-2026 01:18 PM
lolipopmanish replied at 8-7-2026 08:08 PM
Apa yg best nya buli org ni?

Sebab ada geng je tu, cuba sorang2 mampus kecut agaknya


· Untuk dapatkan kuasa sosial dan status
· Insecure, feeds ego
· Untuk mengalih perhatian drpd insecure itew sendiri atau kelemahan diri sendiri
· Untuk diterima dalam kumpulan rakan sebaya atau mengelak drpd dibuli sendiri
· Kurang empati atau tak mampu memahami perasaan orang lain
· Perlakuan yang dipelajari dari rumah, persekitaran, atau media
· Cemburu atau rasa tak puas hati terhadap mangsa
· Untuk mengisi masa bosan atau mencari hiburan
· Salah faham terhadap ciri-ciri neurodivergen (cara sosial yg berbeza, stimming, dll.)
· Takut thadap perkara yang berbeza atau tak dikenali
· Trauma atau penderaan lepas yang diulang semula
· Untuk menguatkuasakan kumpulan
· Semata-mata sebab boleh
Quote songket_merah 9-7-2026 01:25 PM
manjalara_01 replied at 9-7-2026 12:31 PM
I slalu kena buli kat tempat keje sbb lembab keje simple pun x bleh buat, malu sbb slalu kena making ...

macam mana nak check?
Quote dewi_rina 9-7-2026 03:46 PM
lolipopmanish replied at 8-7-2026 12:08 PM
Apa yg best nya buli org ni?

Sebab ada geng je tu, cuba sorang2 mampus kecut agaknya

Ramai2 je berani, org mcm ni tak berani sorang2.. Kalau sorang2 kecut perut, bunyi pun takde
Quote dewi_rina 9-7-2026 03:50 PM
batmana replied at 8-7-2026 09:23 AM
hasanah je ni
klu betul berlaku, nape tak report
apa ko OKU kaki tangan mulut ke masa kt hostel tu?  ...

Biasanya mangsa buli akan diugut, meraka akan sentiasa perhatikan mangsa supaya apa yg terjadi tak terbongkar.. Kalau terbongkar, akan teruk lagi kena
Diam pun kena, bersuara pun kena.. Baik bersuara dari jadi lebih teruk

Dekat anak2 skrg pesanlah, jgn membuli & jgn jadi mangsa buli.. Apa2 cerita, tapi kalau ada biasa ceria, tiba2 diam tu mesti ada yg tak kena.. Ibubapa kena peka
Quote dewi_rina 9-7-2026 03:51 PM
IzzahF replied at 9-7-2026 03:16 AM
tingat plak kes sekolah kat melaka yg 4 budak ppuan umur 18/19 rogol budak ppuan umur 16 guna deod ...

Jahatnya, dirodok pakai deodorant

Nauzubillah, minta dijauhkan dari anak-anak kita perangai jahat macam ni

Dan semoga anak-anak kita bukan mangsa buli
Quote ninja boy 9-7-2026 04:20 PM
Tgk le makbapak kerja apa kalau kerja polis emegresen pga ceo rasuah mmg potensi anak x menjadi dibagi makan sumber haram
Quote manjalara_01 10-7-2026 03:22 PM
Gingerly replied at 9-7-2026 12:59 PM
Hi. Mind to share and diskas tentang diagnose condition uolss dengan kami. Sekarang masih mengalam ...

Just for awareness sake.. Of course mental illness, neurodivergent mind nowadays ramai  yg dah aware beza dgn zaman old school 80s 90s dulu.

Anyway kalau ada la antara u all x kira umur la, bila u x didiagnose sejak zaman kanak2, then zaman remaja  pun terlepas it will haunt u, u will struggle a lot, in my case in everything.. Even physically it's exhausting sbb your mental well being effects you physically jugak.

Antaranya obvious symptom u will feel that you are behind your peers. Bila umur dah masuk 30s masih x didiagnose u akan mengalami insomnia. Ya that was when I finally got diagnosed.
Quote manjalara_01 10-7-2026 03:27 PM
songket_merah replied at 9-7-2026 01:25 PM
macam mana nak check?

Symptom 2 yg ketara u just can't function like you use too... Semua benda tasks studies ke kerja ke rasa overwhelmed.. I can only share from my personal experience..Lain org lain pengalaman.

Jumpa GP, explain your struggles.. Then they will write you a referral letter utk jumpa psychiatrist
Quote bottombikini 10-7-2026 06:53 PM
masa kat asrama takde angin takde ribut tau2 kena boikot
bila dah keje ada yg contact nak masukkan dalam group wasep
aku direct je cakap sorry no longer interested ...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-7-2026 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.041937 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top