CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ian Wright dakwa gol kemenangan Argentina patut dibatalkan kerana kesalahan terhadap Mohamed Salah

8-7-2026 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 344| Komen: 4|Original author: Raline


Screenshot 2026-07-08 105829.png


ATLANTA: Ian Wright mendakwa gol kemenangan Argentina mengatasi Mesir sepatutnya tidak dibenarkan kerana kesalahan terhadap Mohamed Salah sebelum itu.

Juara bertahan itu menampilkan kebangkitan terhebat di Piala Dunia ketika berdepan lawan dari Afrika itu di Atlanta.

Mereka sebelum itu ketinggalan 0-2 selepas gol dijaringkan Mostafa Shobeir dan Ziko.

Cristian Romero memberikan pasukannya harapan menerusi tandukan sebelum Lionel Messi dan Enzo Fernandez meledak gol lewat permainan untuk menukar nasib juara dunia itu.

Bagaimanapun gol pemain Chelsea itu mencetuskan kontroversi apabila Salah dikatakan patut diberikan penalti sebelum itu namun VAR tidak digunakan.

Wright yang juga pengkritik di ITV Sport, mendakwa gol berkenaan sepatutnya dibatalkan kerana kesalahan terhadap Salah sebelum itu.

Dia berkata: "Itulah yang berlaku dengan VAR ketika ini, mereka semakin ke belakang.

"Jika anda tidak mahu menggunakannya buat Argentina dalam kotak penalti bagi membatalkan gol, anda juga perlu menariknya terhadap apa yang berlaku terhadap Mo Salah. Dia disekat. Apa sahaja kita katakan, ia mungkin hanya sedikit, dia dikasari dan kemudian mereka menyerang di sebelah lain padang."

Bukan hanya gol Fernandez mencetuskan kontroversi dalam perlawanan itu.

Argentina juga diberikan penalti pada pertengahan babak pertama kerana kekasaran terhadap Tagliafico yang mendapat protes Mesir namun tidak diendahkan sebelum sepakan Messi diselamatkan.

Roy Keane kemudian menambah: "Jika anda kembali melihat bola sepak, pasukan besar sering dilihat mendapat kelebihan dalam keputusan seperti ini tetapi ia tidak meremehkan apa yang sudah Argentina capai.

"Anda ketinggalan 2-0 berbaki 10 atau 11 minit. Pujian perlu diberikan kepada Argentina. Pasukan besar tampak mendapat kelebihan dalam keputusan ini." - AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hart_attack 8-7-2026 11:31 AM
ramai x puas hati
Quote supernaturalee 8-7-2026 06:12 PM
re-match


Quote stingerkentot 8-7-2026 08:21 PM

[twitter]https://twitter.com/nnabel/status/2074576275859972318?s=61[/twitter]
Quote axl_bach 8-7-2026 08:43 PM
Mmg yg gol counter attack Argentina yg sblom tu Mosalah jatuh tu ada contact tp sgt soft dan nmpk mcm simulasi gak....

Aku sokong Egypt tp mmg nmpk soft challange sgt....

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-7-2026 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.048362 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top