CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perancis pulangkan lebih 50 juta euro wang dirampas daripada keluarga Assad kepada Syria

8-7-2026 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 143| Komen: 1|Original author: Raline


Screenshot 2026-07-08 104942.png


DAMSYIK: Perancis akan memulangkan lebih 50 juta euro (RM232.1 juta) yang didakwa diseleweng keluarga bekas pemimpin Syria, Bashar al-Assad, kepada negara itu.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berkata wang berkenaan akan disalurkan semula kepada rakyat Syria bagi membiayai projek pembangunan negara itu.

Pengumuman itu dibuat ketika Macron mengadakan lawatan rasmi ke Damsyik, iaitu lawatan pertama pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) ke Syria sejak Assad digulingkan pada akhir 2024.

Dalam lawatan itu, Perancis dan Syria menandatangani beberapa perjanjian berkaitan pembangunan serta usaha membina semula negara itu selepas lebih 10 tahun berdepan perang saudara.

Wang berkenaan dirampas pihak berkuasa Perancis daripada Rifaat al-Assad, iaitu bapa saudara Bashar al-Assad.

Menurut kenyataan bersama kedua-dua negara, proses pemulangan membabitkan 51 juta euro (RM236.7 juta) daripada aset milik Rifaat yang disita oleh sistem kehakiman Perancis akan dimulakan.

Rifaat melarikan diri dari Syria pada 1984 selepas cubaan menggulingkan abangnya gagal.

Beliau kemudian tinggal di Switzerland sebelum berpindah ke Perancis.

Beliau pernah mendakwa dirinya sebagai penentang Bashar al-Assad, yang mengambil alih pemerintahan Syria pada 2000 selepas kematian bapanya, Hafez al-Assad.

Pada 2021, Rifaat kembali ke Syria dari Perancis bagi mengelakkan hukuman penjara empat tahun atas kesalahan pengubahan wang haram dan penyalahgunaan dana awam.

Dua tahun kemudian, beliau muncul dalam gambar keluarga bersama Bashar, isterinya Asma serta anggota keluarga lain.

Selepas Bashar digulingkan, Rifaat dilaporkan meninggalkan Lubnan melalui Lapangan Terbang Beirut, namun destinasi akhirnya tidak diketahui.

Keluarganya mengumumkan kematiannya pada Januari lalu ketika berusia 88 tahun.

Rifaat turut dikaitkan dengan pembunuhan beramai-ramai di Hama pada 1982 ketika kerajaan Syria melancarkan operasi menumpaskan pemberontakan kumpulan Ikhwanul Muslimin.

Beliau mendapat gelaran "Penyembelih Hama" susulan peranannya dalam operasi yang mengorbankan antara 10,000 hingga 40,000 orang, menurut anggaran berbeza.

Pendakwa raya Switzerland sebelum ini mendakwa Rifaat terbabit dalam pelbagai jenayah termasuk pembunuhan, penyeksaan, layanan tidak berperikemanusiaan serta penahanan secara haram ketika beliau menjadi pegawai tentera Syria.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 8-7-2026 01:37 PM
Kenapa lari ke negara kapir kan dah kena!

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-7-2026 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.340620 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top