MIAMI GARDENS, Amerika Syarikat: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan sedang menyiasat satu insiden membabitkan penstrim dan YouTuber terkenal, IShowSpeed dengan seorang penyokong di tempat duduk penonton ketika perlawanan Piala Dunia antara Argentina dan Cape Verde, minggu lalu.
IShowSpeed sedang membuat siaran langsung ketika perlawanan itu dan kedengaran bertanya kepada seorang penyokong yang menyarung jersi Argentina mengenai apa yang diperkatakan kepadanya.
Penyokong yang bercakap dalam bahasa Sepanyol itu dilihat mengarahkan IShowSpeed, yang berkulit hitam supaya "pergi menangis di dalam zoo."
"FIFA mengecam sekeras-kerasnya perkauman, kebencian dan diskriminasi dalam apa jua bentuk," menurut badan induk bola sepak dunia itu dalam satu kenyataan.
"Tindakan seperti ini tidak mempunyai tempat dalam bola sepak, pada Piala Dunia FIFA atau di mana-mana dalam masyarakat.
"Piala Dunia FIFA adalah sambutan perpaduan, kepelbagaian dan rasa hormat. Ia menyatukan manusia, budaya dan komuniti dari seluruh dunia dan sesiapa yang bertindak dengan cara yang menjejaskan nilai ini tidak dialu-alukan dalam sukan kami."
IShowSpeed, 21, yang berasal dari Amerika Syarikat, mempunyai lebih 50 juta pelanggan di YouTube, 45 juta pengikut di Instagram dan 47 juta pengikut di TikTok. – AGENSI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|