CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dulu Orang Panggil Saya Bohsia, Sekarang Semua Panggil ASP…” – Salina Saibi

7-7-2026 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1850| Komen: 19|Original author: Raline


Screenshot 2026-07-07 165140.png


Pelakon Salina Saibi mengakui watak ASP Salina yang dibawanya dalam drama bersiri Gerak Khas sudah begitu sinonim dengan dirinya sehingga orang ramai turut memanggilnya dengan gelaran tersebut di luar set penggambaran.

Menurut Salina, 44, selepas lebih dua dekad bersama drama kepolisan itu, watak berkenaan bukan sahaja melekat dalam ingatan penonton, malah menjadi sebahagian daripada identitinya sebagai pelakon.

Screenshot 2026-07-07 165158.png


“Sudah 20 tahun saya terlibat dengan drama bersiri Gerak Khas. Tak dinafikan watak ini sudah menjadi sebahagian daripada diri saya.

“Bila saya jumpa orang di luar, mereka panggil saya ‘puan’ — puan nak lapor. Mereka rasa saya ni polis.

“Dulu ketika saya terlibat dengan filem Bohsia mereka panggil saya bohsia,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama Gerak Khas 2.0.



Berkongsi mengenai pembabitannya dalam Gerak Khas 2.0, Salina berkata dia berasa bangga dan terharu kerana masih diberikan kepercayaan oleh penerbit Datuk Yusof Haslam untuk meneruskan watak ASP Salina.

Katanya, dia juga merupakan antara pelakon yang paling lama bersama siri ikonik tersebut.



“Saya berbangga dan terharu Datuk Yusof masih lagi mempercayai saya untuk membawa watak ASP Salina. Saya antara pelakon Gerak Khas yang paling lama.

“Sebenarnya saya memang tak sangka saya akan terlibat dengan drama Gerak Khas. Saya memang minat dengan drama ini dulu waktu dilakonkan oleh Abby Abadi dan Datuk AC Mizal.



Selain Salina, Gerak Khas 2.0 turut dibintangi barisan pelakon terkenal seperti Erra Fazira, Datuk Hans Isaac, Anding dan Fezrol Khan.

Drama bersiri itu kini bersiaran di saluran TVS 122 pada setiap Jumaat, jam 8.30 malam, bermula 3 Julai 2026.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosewhite 7-7-2026 09:27 PM
Dalam ramai2 ni sape pelakon yg kena tangkap pasal kes dadah hari ni?
Quote babycc 7-7-2026 09:33 PM
So, siapa yg kena tangkap?
Quote apedehal 7-7-2026 09:51 PM
babycc replied at 7-7-2026 09:33 PM
So, siapa yg kena tangkap?

Drama polis terkenal yg meol tau gerak khas je..ada lg x drama polis yg lain, kat astro ke netflix ke viu ke?

Antara senarai pelakon wanita yg pernah membintangi gerak khs
Abby Abadi as DSP Aleza (1999–2011, 2019–2021)
Salina Saibi as ASP Salina (2007 as guest star, 2008–2011 as regular cast, 2014–2021)[20]
Sheera Iskandar as Inspector Sheera (2007 as guest star, 2008–2011 as regular cast, 2016 also as guest star, 2017–2021)
Erra Fazira as ASP Jeslina (2018–2021)

Former cast
Elly Mazlein as Detective Mazlein (2002–2005)
Haliza Misbun as Inspector Jeslina (2003)
Angeline Tan as Chief Inspector Geena (2004–2011)
Dynas Mokhtar as Inspector Julia (2006–2009)
Rozita Che Wan as DSP Zita (2009–2010)
Hanny Harmi as Detective Linda/Hani (2008, 2014–2015)
Nur Huda Ali as Detective Amy (2010–2011)
Rebecca Nur Islam as Detective Salina (2005)
Avaa Vanja as Detective Sofia (2006)
Tisha Shamsir as Inspector Tisha (2014–2017)
Mimifly as Inspector Adira (2015)
Raja Ilya as Inspector Shakila (2015–2018)
Nancie Foo as ACP Suzy (2015)
Azar Azmi as Detective Amira (2017)

Ntah2 extra jur
Quote Reira77 7-7-2026 09:58 PM
Siapa pelakon perempuan yg sorang lagi tu? Sebelah Erra dgn Salina. Cantiknya.
Quote cempakaa 7-7-2026 10:09 PM
Sape kena tangkap
Quote TomyamPuteh 7-7-2026 10:11 PM
Aku pernah kenal dan berkawan dgn adik Salina nih.Semenjak Kakak Aku jadi pelakon ni,dpt kitorg dpt merasa mkn sedap sedap,pakai lawa lawa.Diorg dulu duduk PPR Sri Sabah.Mak dia sampai skrg pun duduk situ lagi rasanya
Quote sayawifenikmie 7-7-2026 10:27 PM
.... body dia ni cantik
Quote edoraixora 7-7-2026 10:37 PM
Dia ke yang kena tangkap tu...40an macam kena je
Quote Missjass 7-7-2026 10:48 PM
edoraixora replied at 7-7-2026 10:37 PM
Dia ke yang kena tangkap tu...40an macam kena je

Bukan kot, elok je dia update ig tu. Yang tisha shamsir tu tiba2 private ig
Quote Dejakerr 7-7-2026 10:54 PM
Ni petikan H Metro
“ Menurut sumber, pelakon wanita itu yang juga pernah menyertai rancangan realiti nyanyian ditahan di dalam salah satu bilik VIP bersama beberapa individu lain.”

Katanya umur 40 tahun.. rasanya bkn salina saibi.. kalo google2 ada pelakon lain yg umo tepat 40 dn prnh join rncgn realiti nyanyian..

Tok sop pn dh bg statement. So, kiranya confirmla geng gerak khas 2.0..
Quote Prahara 7-7-2026 10:57 PM
Edited by Prahara at 7-7-2026 10:59 PM

Bukan ss. Klu lain, pernah join program realiti nyanyian
Ts - mentor (audition stage)
Ri - gangstarz (girl group)
Aku lock antara salah seorang, dua2 40an. Ts pernah ada kes tipu orang
Quote Prahara 7-7-2026 11:09 PM
Edited by Prahara at 7-7-2026 11:10 PM

Aku rasa confirm ts, nampak dalam poster musim baru gk ada dia. Yh pun dah sahkan pelakon yang kena tahan tu digantung sementara dari shoot. Maksudnya musim baru ni dia ada berlakon
Quote AWEKSAMURAI 8-7-2026 01:16 AM
babycc replied at 7-7-2026 09:33 PM
So, siapa yg kena tangkap?

Tisha apa tah nama
Quote dubuk 8-7-2026 05:59 AM
Itu lah manusia hati berbolak balik
Quote lasagna 8-7-2026 09:08 AM

alaaa dah kecoh kat Thread..
katanya si Tisha yg ni.. kalau salah ampun dan maaf..

WhatsApp Image 2026-07-08 at 07.14.38.jpeg


Quote Purestteam1 8-7-2026 09:41 AM
tetiba kluar crite dia... ada kaitan ke..haha
Quote songket_merah 8-7-2026 11:43 AM
TomyamPuteh replied at 7-7-2026 10:11 PM
Aku pernah kenal dan berkawan dgn adik Salina nih.Semenjak Kakak Aku jadi pelakon ni,dpt kitorg dpt  ...

ko tolong risik dekat adik dia macam mana salina saibi ni jaga badan
sebab badan dia cantik terletak elok even dah beranak pinak usia 40an
Quote Gianna111 8-7-2026 03:59 PM
songket_merah replied at 8-7-2026 11:43 AM
ko tolong risik dekat adik dia macam mana salina saibi ni jaga badan
sebab badan dia cantik terlet ...

tolong risik juga..kakak dia tu kaki gaduh kan si sekolah dulu?
Quote babelina 9-7-2026 11:08 AM
tp still dia cam bohsia jer.. tp body tu aku salute..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-7-2026 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.352626 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top