CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Punya Jahat Mulut Anak Saudara Norman Hakim Ni” – Abby Abadi Berang Ahli Keluarga ‘Jauh’ Masuk Campur Isu Keluarga

7-7-2026 05:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4475| Komen: 90|Original author: Raline


Screenshot 2026-07-07 162736.png


Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa berang terhadap seorang individu yang didakwa merupakan anak saudara kepada bekas suaminya, Norman Hakim, selepas individu tersebut meninggalkan komen berhubung kemelut keluarga yang sedang hangat diperkatakan.

Menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story, Abby dilihat membalas komen individu menggunakan akaun @nanasyahqilla_, yang didakwa mengulas mengenai isu “beg kuning dan oren” yang sebelum ini dikaitkan dengannya.

Screenshot 2026-07-07 162808.png


Abby kemudiannya memuat naik semula komen tersebut sebelum meluahkan rasa tidak puas hati kerana merasakan individu itu cuba memburukkan dirinya.

“Punya jahat mulut anak saudara Norman Hakim ni.”

Dalam perkongsian sama, Abby turut menjelaskan semula kisah lama mengenai dirinya yang pernah melahirkan anak di dalam kereta selepas mendakwa terdapat pihak yang memutarbelitkan cerita sebenar.

Menurut Abby, dia tidak pernah mendakwa bersalin seorang diri, sebaliknya Norman ketika itu kebetulan pulang ke rumah dan membawanya ke klinik selepas dia mengalami sakit bersalin.

Screenshot 2026-07-07 162828.png

Abby turut mempersoalkan tindakan individu berkenaan yang didakwa cuba mengaitkan perkara lain bagi memburukkan namanya.

Dalam hantaran lain, Abby mendakwa dirinya pernah melalui pelbagai pengalaman pahit sepanjang rumah tangga dahulu, namun memilih untuk tidak menceritakannya kepada keluarga bekas suami kerana enggan mengeruhkan keadaan.

Screenshot 2026-07-07 162852.png

Terdahulu, Abby Abadi mencuri perhatian ramai selepas berkongsi luahan mengenai pelbagai perkara yang dipendam selama ini, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi netizen berhubung konflik keluarganya yang kembali menjadi perhatian di media sosial.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 7-7-2026 04:40 PM
[ig]https://www.instagram.com/abbyabadi_112/p/DaeG2fokndE/[/ig]
Quote KBW2 7-7-2026 05:04 PM
Anak sedara Norman Hakim ni pun sama jelah dengan Bakyah ni suka bercekau melondeh depan public. Eloklah bercekau depan public, menjatuhkan aib sendiri.
Quote azalia72 7-7-2026 05:17 PM
Edited by azalia72 at 7-7-2026 05:22 PM

Abby mendakwa dirinya pernah melalui pelbagai pengalaman pahit sepanjang rumah tangga dahulu, namun memilih untuk tidak menceritakannya kepada keluarga bekas suami kerana enggan mengeruhkan keadaan.
Sekarang keruh tak apa ke ceritanya, ada yang dah meninggal pun.  Maybe bakyah ni mmg ada point, tapi cara merentan berbalas komen mcm ni mmg takkan ada kesudahan.  Apa je yang boleh selesai mcm ni.  

Memey lek2 je buat sale kat tiktok... manjang sold out tudung baju dia.
Quote Bedak_Carrie 7-7-2026 05:28 PM
Edited by Bedak_Carrie at 7-7-2026 05:32 PM

Kenapa nak marah org tegur?
Nenek yebbi sendiri bukak pekung kat dada.

Dulu zaman ucetajah jadiab pas, mulut ko tu boleh tahan jugak...
Now bila org lain mulut jahat, tahu pulak nak naik hantu.. ... apa ko ingat org lain x boleh nak fight and defend?
Quote Bedak_Carrie 7-7-2026 05:30 PM
Edited by Bedak_Carrie at 7-7-2026 05:34 PM

Satu hari nek ni bakalan terduduk...
Walaupun dah byk kali didudukkan...

Ya semua org faham kesusahan dia dulu berbelas tahun dulu, tp entahlah terlalu mendongak... Sampai x nampak jln hadapan..
Dah baik... burukkan balik...
Dah baik.. burukkan balik...sampai ajm.
Quote irvene 7-7-2026 05:33 PM
londeh more abby! best plak baca gossip terbaru macam ni.
Quote orkid_amani 7-7-2026 05:51 PM
Aii rasa Bakyah ni bitter bukan pasai pa..lepas cerai dgn dia..Noman tu kemain bahagia dgn Mimi..rezeki pun mencurah2 mewah jugak nampak hidup Noman tu dgn Mimi
Quote ninja boy 7-7-2026 06:01 PM
Hidup itu pilihan, nak jadi rrirud ka jadi arni nazeerah ka jadi eera ka or peteri Sarah Nora denis mertua kaya
Kalau humban budak ke ex laki dan maktiri jaga no problem
Quote Orenn1 7-7-2026 06:27 PM
yg pasti dr kommen2 acik ebby sendiri dia dengki psl bisnes memey n norman jauh lebih berjaya, bisnes dia tak sampai thp tu. Masalahnya mula dia rasa norman kena bayar balik segala duit mas kawin bagai, dulu dia takde duit pun ko pegi kawin bagi phukeyy sampaii keluar anak 3 org. Tp oklah mmg norman kena byr balik, tp bukan dah byr ke kan dia upkan resit. Masih tak puas hati. Notmann memey buat bday anak dia mewah pun dia tak puas hati jugak, kata dia kalah, semua tak kena, cara cakap je is org bodoh mmg susah nak handle org mcm ni, sama mcm acik rita royani, bercakap mcm org tak sekolah, takkan habis dgn org2 mcm ni, ada je.
Quote zuriey 7-7-2026 06:30 PM
Edited by zuriey at 7-7-2026 06:31 PM

Walau menyampah dhn yebi tapi i sokong sheols londehkan semua
Yebi pun elok humban je ank2 biar memek jaga
Ko dok diam ulek laki ko
Pg la holiday tiap bulan tunjuk loving2 pula
Tak pyh la ko sakit kepala dgn ank2 dah
Selama ni norman tak nak ambik kisah
Skrng ko hempuk je semua hal ank dkt norman dgn memek
Quote borrow 7-7-2026 07:36 PM
Edited by borrow at 7-7-2026 07:37 PM

jaman sama meskin tp bahagia ...


nh2.jpg


nh5.jpg


NH.jpg

nh6.jpg


nh3.jpg




Quote tasha 7-7-2026 07:37 PM
orkid_amani replied at 7-7-2026 05:51 PM
Aii rasa Bakyah ni bitter bukan pasai pa..lepas cerai dgn dia..Noman tu kemain bahagia dgn Mimi..rez ...

Cuba muhasabah diri knp diri tu xkaya2..mungkin ada sbnrnya ..kita selalu nmpk dosa dan salah org tp salah kita dosa kita yg menyebabkan rezeki kita tersekat kita xnmpk....
Quote tasha 7-7-2026 07:46 PM
Orenn1 replied at 7-7-2026 06:27 PM
yg pasti dr kommen2 acik ebby sendiri dia dengki psl bisnes memey n norman jauh lebih berjaya, bisne ...

Mmg kes sbnr hati tu dengki normey lebh kaya Dari dia .busuk hati mmg ketara sbb Hal kaya tu diulang.. Yebbi tu mulut jahat org suka join live dia nak dgn dia buka aib famili dia atau merempan pasal artis lain je..yg join live memey kebykan ya mmg nk membeli..klu ada yg provok pun memey xlayan pun...

Part besday tu bukan ke merisak yg anjur  dan arrange sendiri  itu ini, pastu sheols hantar kad undangan kat mak, ayah dan tiri's sheols.. itu apa yg yg I faham dari QA yg forumer tepek kat forum ini...
Quote Moyangkucing 7-7-2026 08:01 PM
Sabor lah banyak2 Yebbi. Pompuan penyondol hidup senang kaya raya dan bahagia dengan laki yang disondol tu belum dapat ujian dari Allah. Kaya tak semestinya Allah redha dan sayang. Bak kata Fatin Afeefa Allah tak tidur... So berpada2 lah di socmed..
Quote Orenn1 7-7-2026 08:02 PM
tasha replied at 7-7-2026 07:46 PM
Mmg kes sbnr hati tu dengki normey lebh kaya Dari dia .busuk hati mmg ketara sbb Hal kaya tu diula ...

itulah kan dia mentioned psl dorg kaya byk kali, siap dabik dada dia yg suruh dorg berniaga tiba2 menjadi sampai kaya. Ha'a memey mmg focus berniaga, selain dr kesilapan dia dulu tak pernah dgr dia mulut jahat, dah tu baik sebagai maktiri. Ye abby byk mengumpat dlm live, jual brg tp modal gossip nak tarik org, mcm mana bisnes mcm tu nak berjaya.

Psl majlis tu apa yg aku faham, norman dgn memey mmg nak buat majlis psl bisnes dorg, lps tu norman kata nanti blh kita. uat bday adik sekali (marissa). Lps tu marissa pun areange sendiri majlis tu mcm yg dia nak. Maksudnya duit norman n memey tp majlis tu dah jadi majlis marissa, tgk ye kat sini memey tak kisah pun marissa buat mcm yg dia nak. Patutnya ebby tu happy anak dia dilayan baik, tp dia berlawan siapamampu buat majlis gah, konon dia kalah. Gila lah piniran dia.
Quote Orenn1 7-7-2026 08:10 PM
borrow replied at 7-7-2026 07:36 PM
jaman sama meskin tp bahagia ...

Nampak kan masa bisnes memey norman belum meletop kaya raya makcik ebby belum bitter lagi dgn dorg, hubungan bukan main mesra
Quote tasha 7-7-2026 08:50 PM
Edited by tasha at 8-7-2026 07:31 PM
Orenn1 replied at 7-7-2026 08:02 PM
itulah kan dia mentioned psl dorg kaya byk kali, siap dabik dada dia yg suruh dorg berniaga tiba2  ...


Ooo oklah tu org sayang dan tak berkira dgn anak kau, kalau berkira karang kau bitter juga kan ...sejns hati busuk susah... Yg memey tu mmg dia pernah buat silap besar dlm hidup dia, masa tu umur pun lbh kurang merisah juga kan ramai acik2 por boleh maafkan merisah tp xboleh maafkan memey kenapa yea?
Quote tasha 7-7-2026 08:57 PM
Orenn1 replied at 7-7-2026 08:10 PM
Nampak kan masa bisnes memey norman belum meletop kaya raya makcik ebby belum bitter lagi dgn dorg ...

Tp kan kalau seandainya sheols lbh kaya dari normey mesti Yebbi dgn tersenyum sini  mendabik dada ckp "Allah xpernah tido, Allah tau masa lalu saya penuh derita dicurangi kini Allah mengantinya dgn kejayaan saya hari ini" pastu flex kekayaan sambil terus sindir pasal kifarah sipencurang
Quote Akalditipumata 7-7-2026 09:06 PM
Yg ni iolz sokong. Nampak naw.. dia jual cerita ke jual produk dia. Pasto yg ank pun ade explain tnjuk bukti smua org dpt msg forward tu..blh je dtg.. dia nk jadikan isu. Mc
m saja nak cari psl n buat org nmpk buruk. Ade terbaca si Marisa ni ckp bukn xnk bgtahu pape..takot smua di bgtau kt socmed.. betoi la kot.. bgtau nk cerai pun melompat2 tnjuk happy ngn kwn2.. kalau mcm tu elok la kot.. ade cerita utk dia jual cerita..

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-7-2026 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.107302 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top