CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 16 peratus pekerja alami gangguan psikososial pekerjaan - KESUMA

7-7-2026 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 142| Komen: 2|Original author: jiwarasa


Screenshot 2026-07-07 115349.png


KUALA LUMPUR: Sebanyak 16.91 peratus pekerja yang menjalani saringan menerusi Program Pencegahan Penyakit Pekerjaan Kebangsaan (NODiP) berkemungkinan mengalami gangguan psikososial berkaitan pekerjaan.

Gangguan psikososial berkaitan pekerjaan (atau risiko psikososial di tempat kerja) merujuk kepada kesan negatif terhadap kesihatan mental, emosi, dan sosial pekerja yang berpunca daripada reka bentuk kerja, organisasi pengurusan, dan persekitaran sosial di tempat kerja.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, berkata dapatan itu diperoleh menerusi kajian berskala besar membabitkan 100,000 pekerja daripada tujuh sektor industri yang dilaksanakan sejak 2023 hingga 2025.

Beliau berkata, kajian berkenaan menilai pelbagai risiko psikososial di tempat kerja termasuk beban kerja tinggi, kadar kelajuan kerja yang tinggi (high work pace) serta tekanan masa yang boleh memberi kesan terhadap kesejahteraan mental pekerja.

"Perubahan landskap pekerjaan masa kini bukan sahaja membabitkan tekanan berkaitan penggunaan teknologi digital atau kecerdasan buatan (AI), malah merangkumi keseluruhan ekosistem pekerjaan termasuk budaya kerja, pengurusan beban tugas, hubungan industri serta risiko psikososial.

"Keadaan itu boleh memberi kesan terhadap kesihatan mental dan fizikal pekerja serta, jika berbangkit, boleh dikategorikan sebagai penyakit pekerjaan.

"Justeru, dapatan kajian ini membuktikan kementerian mempunyai data empirikal mengenai status kesihatan mental pekerja bagi merangka strategi pencegahan yang lebih berkesan," katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang meminta penjelasan mengenai anggaran kerugian produktiviti negara akibat masalah keresahan (anxiety) dan tekanan mental di tempat kerja serta dasar yang diwujudkan bagi melindungi kesejahteraan mental pekerja.

Ramanan berkata, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sentiasa memperkukuh aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui penguatkuasaan perundangan, pembangunan garis panduan berkaitan serta pelaksanaan pelan strategik jangka panjang.

Antara inisiatif yang diberi perhatian ialah pelaksanaan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2026-2030 (OSHMP30), pembangunan kompetensi Orang Terlatih Psikososial (Psychosocial Trained Person - PTP), modul latihan khusus serta program promosi dan advokasi di seluruh negara.

Beliau berkata, usaha berkenaan bertujuan memastikan majikan mengurus risiko psikososial secara sistematik selain mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan kondusif.

"Kerajaan melalui KESUMA kekal komited memperkukuh pengurusan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan mental pekerja menerusi pendekatan menyeluruh dan bersepadu.

"Inisiatif ini penting bagi meningkatkan kesejahteraan mental, produktiviti serta kualiti hidup pekerja secara berterusan," katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manopBKK 7-7-2026 11:30 PM
pekerja Cari pun ada kes rogol..meredek tadah lubang dek
Quote Kitty_catz 8-7-2026 06:21 PM
cari porem pun sendhuuu. so acik2 por berhijrah ke threads  utk release tekanan pewasan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-7-2026 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.047369 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top