CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Semoga ada magis filem Konspirasi ditayang semula - Adi Putra

7-7-2026 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 283| Komen: 3|Original author: jiwarasa


Screenshot 2026-07-07 120031.png


Pelakon 'senior', Datuk Adi Putra, 45, masih menaruh harapan agar filem Konspirasi yang dihentikan tayangan, Mei lalu, diberi peluang untuk kembali ke pawagam.

Adi berkata biarpun kecewa dengan apa yang berlaku, dia menghormati keputusan penerbit kerana menyedari kuasa menentukan nasib sesebuah karya bukan di tangannya.

"Walaupun kecewa, saya tidak mempunyai kuasa veto. Saya hanya ada suara untuk luah rasa kecewa, tetapi kuasa mutlak bukan di tangan saya.

"Kita perlu teruskan kehidupan. Itu keputusan penerbit dan hanya dia yang tahu sebab di sebaliknya.

"Ramai juga rakan bertanya dan meluahkan rasa sedih mengenai perkara itu. Namun, di pihak saya, saya tetap menghormati keputusan penerbit.

"Saya tidak boleh mencadangkan apa-apa, tetapi, mana tahu keajaiban boleh berlaku.

"Siapa tahu filem itu dapat ditayangkan semula di pawagam. Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku secara tiba-tiba," katanya ketika ditemui pada acara 'watch party' drama Luka Di Hujung Setia di sini, baru-baru ini.

Screenshot 2026-07-07 115958.png


Kira-kira dua bulan lalu, filem Konspirasi arahan Ghaz Abu Bakar terbitan Elepfilm Entertainment dan Asia Tropical Films mencetuskan kontroversi apabila dihentikan tayangan kira-kira seminggu selepas ditayangkan di pawagam.

Syarikat Elepfilm Entertainment dilapor menegaskan keputusan menghentikan tayangan filem itu tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

Syarikat itu dalam satu kenyataan, menyebut keputusan menghentikan tayangan filem Konspirasi di Malaysia dibuat selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan berdasarkan situasi semasa.

Namun, ketika itu, tayangan filem Konspirasi di Singapura tidak terjejas.

Filem lakonan Adi itu mengangkat kisah anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menggalas misi berisiko tinggi membanteras sindiket rasuah dan kebocoran maklumat sulit.

Selain Adi, filem itu turut dibintangi Hisyam Hamid, Che Puan Sarimah Ibrahim, Alicia Amin, Shiqin Kamal, Roy Azman dan Esma Daniel.

Mengulas gandingan bersama Zara Zya dalam drama Luka Di Hujung Setia yang mengisi slot Akasia TV3, Adi berkata dia selesa bekerjasama dengan aktres terbabit.

Menurutnya, keserasian antara pelakon penting dalam membentuk jalan cerita yang meyakinkan, namun, setiap pelakon juga perlu mampu menghidupkan watak masing-masing.

"Gandingan itu penting, termasuk dengan siapa kita berlakon. Apa yang saya titik beratkan adalah seseorang pelakon perlu mampu bawa watak sendiri sebelum bergandingan dengan pelakon lain. Bagi saya, keserasian amat penting.

"Saya pernah berlakon bersama Zara menerusi drama Zahira. Kalau tidak silap, drama itu pernah tular.

"Malah, sehingga kini masih ada klip daripada drama itu dikongsikan semula di TikTok. Itu juga antara sebab kami masih digandingkan," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 7-7-2026 12:29 PM
cerita ni la i baru plan nak gi tengok on weekend sekali dah stop screening..
Quote hart_attack 7-7-2026 04:49 PM
Lahai, kan skang byk kes rasuah. Maybe dorg stop  kjap kot. Kes jota  duit kena sakau, songlap. Kalau buat filem msti la  ikut SOP sprm kot. Mgkin ada kene  mengena kot.
Quote zehra2 8-7-2026 07:17 AM
nak nak pilihanraya johor ni.. mmg tkde lah tayang

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-7-2026 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.041736 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top