CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

FIFA pertahan Raphael Claus, pengadil yang dikritik Trump

7-7-2026 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 242| Komen: 2

 


LOS ANGELES: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mempertahankan pengadil Piala Dunia, Raphael Claus selepas pegawai dari Brazil itu dilabel sebagai "amat mencurigakan" oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Dalam satu kenyataan hari ini, badan induk bola sepak dunia itu menegaskan Claus sudah mempamerkan "tahap profesionalisme dan integriti tertinggi" sepanjang kariernya.

Claus melayangkan kad merah kontroversi kepada penyerang AS, Folarin Balogun minggu lalu, yang mendorong Trump melobi FIFA supaya mengkaji semula penggantungan satu perlawanan terhadap pemain itu.

FIFA kemudian menggantung pelaksanaan hukuman itu, sekali gus membolehkan Balogun diturunkan pada aksi pusingan 16 terakhir menentang Belgium di Seattle ketika ini, keputusan yang mencetuskan kritikan meluas.

Trump mempersoalkan kredibiliti Claus ketika bercakap kepada wartawan di Rumah Putih semalam.

"Pengadil ini agak mencurigakan jika anda melihat latar belakangnya. Saya sebenarnya tidak mahu mengatakannya kerana saya tidak suka mencetuskan kontroversi, tetapi beliau amat mencurigakan. Beliau membuat keputusan yang sukar dipercayai sesiapa pun," kata Trump.

Kenyataan itu turut dikecam Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) yang menegaskan tiada apa-apa dalam rekod Claus yang boleh menimbulkan keraguan terhadap integritinya.


 


Ketua Pegawai Pengadilan FIFA dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, Pierluigi Collina berkata Claus adalah antara pengadil utama yang dipilih untuk bertugas pada Piala Dunia.

"Raphael Claus mengendalikan Piala Dunia FIFA buat kali kedua selepas turut bertugas di Qatar pada 2022.

"Beliau seorang pengadil yang berpengalaman dan sangat dihormati. Kami terus memberikan keyakinan penuh kepadanya sebagai pegawai perlawanan yang dipercayai," kata Collina. – AFP

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_jeangrey 7-7-2026 04:55 PM
Apa yg nak diharapkan dr negara yg membatalkan visa pengadil omar artan dan menyusahkan pasukan Iran..
Padan muka kena belasah dgn Belgium..selayaknya
Quote manopBKK 7-7-2026 11:39 PM


[twitter]https://twitter.com/globalnewsmontr/status/2074400164106686911?s=61[/twitter]
[twitter]https://twitter.com/popbase/status/2074312023203283233?s=61[/twitter]

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-7-2026 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.034635 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top