CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Tak Tahu, Ada Sebab Banyak Lori 'Parking Serentak' Di R&R

7-7-2026 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 561| Komen: 5|Original author: akido_kido


Screenshot 2026-07-07 094021.png


Kalau anda selalu memandu di lebuh raya pada awal pagi, pasti selalu nampak satu pemandangan yang sama.

Deretan lori, treler dan kontena memenuhi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) atau kawasan rehat di tepi lebuh raya.

Ada yang enjin masih hidup, ada yang pemandunya sedang minum kopi, malah ada yang sekadar duduk berehat sambil menunggu masa.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapa hampir semua lori berhenti pada waktu yang sama? Adakah mereka sedang berehat, tidur atau sengaja menunggu sesuatu?

Rupa-rupanya, ramai rakyat Malaysia pun selama ini tertanya-tanya benda yang sama.

Screenshot 2026-07-07 094034.png

"Selalu ingat depa tidur..." - Netizen
Baru-baru ini, seorang lelaki mencetuskan perbincangan di Threads apabila memuat naik gambar deretan lori yang berhenti di sebuah R&R.

Sambil berkongsi video, dia kemudian bertanya soalan yang mungkin pernah bermain dalam fikiran ramai.

"Nak tanya dekat driver lori atau kontena... kenapa seawal pagi, sekitar pukul 5 hingga 7 pagi, dekat R&R memang banyak lori berhenti? Waktu rehat ke atau macam mana?" katanya.

Rupanya bukan suka-suka berhenti
Siapa sangka, ruangan komen terus dipenuhi jawapan daripada netizen yang tahu sebab sebenarnya.

"Lori dilarang guna highway sampai pukul 9 pagi sebab waktu puncak. Bagi laluan pada kenderaan kecil yang nak pergi kerja."

"Sebab road ban. Lori tak boleh masuk lebuh raya dari 6.30 pagi sampai 9.30 pagi. Petang pun sama, dari 4.30 petang sampai 7.30 malam."

Dalam pada itu, ramai juga netizen yang sebenarnya baru sedar bahawa selama ini sangkaan mereka memang jauh tersasar.

Ada yang mengaku ingat pemandu lori sedang tidur selepas memandu semalaman. Ada juga yang menyangka mereka berhenti untuk menunaikan solat Subuh.

Info tambahan
Untuk pengetahuan, larangan ini memang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi membantu melancarkan aliran trafik ketika waktu puncak, terutama di sekitar Lembah Klang.

Ia melibatkan beberapa lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Larangan ini dikenakan kepada kebanyakan lori, treler dan kenderaan berat, kecuali bas serta beberapa kenderaan tertentu seperti perkhidmatan kecemasan, kutipan sampah dan penyelenggaraan lebuh raya.

Waktu larangan pula ialah antara 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam.

Sebab itulah, kalau anda singgah di R&R pada waktu-waktu ini, memang besar kemungkinan akan nampak banyak lori sedang menunggu sebelum meneruskan perjalanan.

Sumber:Threads @aliem.srmd,Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 7-7-2026 11:15 AM
Edited by ninja boy at 7-7-2026 01:47 PM

Lori sampah angkat malam
Lori sangat byk lalu jalan waktu hujan waktu penguatkuasa x boleh jalan kerja waktu hujan
Quote Decaffeinated 7-7-2026 12:09 PM
dah terlanjur berhenti tu depa guna lah masa tu untuk kencing, mandi dan buat lah apa2 yang patut. kalau tidak mungkin buat masa atas lori je.


Quote kucingitam 7-7-2026 12:40 PM
road block pun ye juga..
Quote mdhelmi 8-7-2026 10:16 AM
sebab tu start kul 8 malam beratur lori kat highway sbb semua lori keluar hampir serentak
tapi time tu kete pun banyak nak balik kg terutama malam minggu
Quote Kitty_catz 8-7-2026 06:23 PM
patot la bila meols balik jam 830pm camtu byk bebeno trailer ni .. dah la kedeks nak kasik way.. pehtu semput masa panjat bukit.. cam harey jahhh

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-7-2026 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.035435 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top