|
PENGACARA dan penyampai radio, Aishah Sinclair, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada jari kiri akibat terkena mesin pencincang makanan yang digunakan di rumah. Perkara itu dikongsikan rakannya iaitu pelakon Dynas Mokhtar menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok. Menurut Dynas, 43, insiden tersebut dipercayai berlaku ketika Aishah menggunakan alat berkenaan yang dibeli menerusi jualan dalam talian. Malah, Dynas turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika membeli dan menggunakan peralatan dapur, terutama yang tidak dilengkapi ciri keselamatan. "Pesanan kepada semua yang suka beli barang dari TikTok, terutama pencincang makanan (chopper). Berhati-hatilah ketika menggunakannya. "Kalau tidak, boleh jadi macam Aishah. Pencincang itu tiada ciri keselamatan, terbuka dan tertekan sehingga mencederakan tangannya sendiri," katanya. Dynas turut memaklumkan kecederaan pada jari rakannya itu agak serius, namun Aishah telah selamat menjalani rawatan. Dalam video berkenaan, Aishah dilihat sedang menerima rawatan di hospital dengan tangan berbalut. Bagaimanapun, dia sempat berseloroh mengenai keadaannya dan memaklumkan kecederaan yang dialami tidak menyebabkan kehilangan jari. "Saya masih ada lima jari, cuma tersorok," katanya berseloroh. Perkongsian itu mengundang perhatian ramai yang rata-rata meluahkan rasa bimbang selain menitipkan doa agar Aishah segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala. Sumber:– mStar
|

prettyuglybabe replied at 9-6-2026 02:44 PM
benda electrical ni i prefer beli yang ada nama + sirim..
takut tengok orang main beli barang letrik ...
prettyuglybabe: benda electrical ni i prefer beli yang ada nama + sirim..takut tengok orang main beli barang letrik tiktok sebab murah..pinduoduo pun sama..i punya la ...
KamikuP replied at 10-6-2026 11:21 AM
pinduoduo ni nak kene install pakai apk ke pakai google play?
Selamat ke kalau insatll guna apk?
...
kembangbunga replied at 9-6-2026 03:13 PM
samaaaaa. Iols selalu imagine periuk ke kuali beli kat online tu tetiba meletup time tengah masak. ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-7-2026 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.054567 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.