CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nourul pertahankan Siti Nurhaliza, minta henti tuduhan tak sokong konsert artis lain - "Dia sangat humble dan cantik luar dan dalam"

2-6-2026 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 950| Komen: 6

 



SELEPAS nama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza didakwa netizen kononnya tidak memberikan sokongan kepada konsert artis tempatan yang lain, penyanyi Nourul Depp tampil mempertahankan sahabatnya itu.

Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 49, menyelar tuduhan tidak berasas tersebut dan mendedahkan bahawa Siti merupakan seorang yang sangat menyokong rakan industri.

Meskipun jadual kerja Siti padat, Nourul mendedahkan penyanyi itu tetap sudi merakamkan video khas untuk mempromosikan konsertnya sebelum ini. 

 

"Tokti (Siti Nurhaliza) ini sibuk yang amat ya jadual dia. Saya yang biasa-biasa ini pun sudah sibuk, apatah lagi dia.

"Tokti sentiasa bagi sokongan. Kalau tidak, dia tidak akan bantu saya tolong rakamkan video untuk konsert saya bila ahli kumpulan saya minta dia buatkan.

"Dia sangat humble dan cantik luar dan dalam," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya pada Isnin.

Dalam pada itu, Nourul turut meminta netizen agar menghentikan spekulasi negatif tersebut dan memahami situasi Siti yang juga memerlukan ruang privasi untuk dirinya. 

"Cukup-cukuplah kata Tokti tidak bagi sokongan (kepada konsert artis lain). Bagi dia ruang juga untuk diri sendiri.

"Sayang awak Tokti," ujarnya.

Sebelum ini, timbul dakwaan di media sosial yang mempertikaikan sokongan Siti Nurhaliza terhadap konsert-konsert yang dianjurkan oleh penyanyi tempatan yang lain. 

Susulan itu, Siti Nurhaliza menegaskan dirinya sentiasa menyokong industri muzik tanah air termasuk artis-artis senior yang banyak mewarnai dunia hiburan tempatan.

Menurut Siti, dia sememangnya gemar menghadiri konsert atau persembahan artis yang diminatinya, namun kekangan masa dan komitmen bersama keluarga kadangkala membataskan hasrat tersebut.

Sumber – mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikenit2007 2-6-2026 02:33 PM
Tok tu kan sibuk menyantuni anak& Anak2 tiri....mana nak live lagi...Aje gan busy .....hehehe
Tapi aku respect la artis2 senior/ legends saling support each other...
Quote lovelytouch 2-6-2026 03:59 PM
Biduanita fake paling humble? Yess for money and fame..  
Quote sleepandream 3-6-2026 06:05 AM
habistu konsert siti yang berderet tu nourul tak datang support takde netizen tanya pulok? berapa ketul jer penyanyi senior datang support pun? choiii sgt... sedangkan penyanyi indo pun gigih datang sampai naik genting bagai...
Quote nisako 4-6-2026 01:00 PM
hmmmmmmmmmmmm
Quote prince_marhaen 4-6-2026 05:03 PM
Konsert Tokti pun artis BBNU budak2 gen-z je ramai, retis lain mana ada muncul? post pun takde... ke malu sebab duduk seat murah-murah je? padahal ada je lagi yang lagi mahal tiket dia macam konsert Kak Ani kat Dewan Balairaya tu.... hahahahaha..

YANGGG PENTINGGGGGG....CHE'TA jugak terbaik setiap concert dia all out datang dengan outfit overdress & duduk seat VIP... artis lain ada tak? takde kan... so? apasal mekti je yang kena carut?
Quote LadyCarefree 5-6-2026 02:44 AM
Tokti kan di Korea ke mana entah masa tu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2026 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.037373 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top