CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kawan ajak jumpa bomoh untuk berubat, Ozlynn tolak percaya unsur mistik

2-6-2026 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 509| Komen: 3

 



DIBESARKAN di Kuala Lumpur (KL) menjadikan pelakon Ozlynn tidak pernah mempercayai amalan perubatan menggunakan khidmat bomoh meskipun diajak oleh kenalan untuk mendapatkan rawatan menyembuhkan penyakit.

Ozlynn, 45, berkata cara pemikirannya lebih terbuka dan berasa skeptikal terhadap perkara berunsur mistik atau rawatan tradisional yang tidak jelas.

"Pernah diajak kawan untuk jumpa bomoh sebab dia kata nak merawat penyakitnya. Tapi secara jujurnya saya tak ikut. 

"Saya orang KL, saya tak ada kampung. Saya membesar di KL jadi kalau fasal bomoh ni memang tak berapa nak percaya sangat. 

"Saya lebih berfikiran terbuka. Jadi bila kawan cakap fasal bomoh saya dah fikir mukanya macam mana, suka tipu. Jadi kalau tanya tentang istilah bomoh, saya tak pernah pergi atau jumpa bomoh," katanya kepada mStar. 

 


Dalam pada itu, Ozlynn turut membezakan kepercayaan amalam bomoh dengan perkara ghaib. 

Menurutnya, dia masih percaya bahawa sihir boleh berlaku dengan izin Allah, namun perlu disertai dengan sikap tawakal dan pemikiran positif.

"Kalau sihir saya percaya kerana atas keizinan Allah ia boleh berlaku. Kita harus percaya. 

"Macam Johan (suami), dia berniaga, orang cakap jumpa 'something' dekat depan kedai. Kadang-kadang saya suruh Johan fikir positif jangan biar syaitan bagi kita fikir bukan-bukan. 

"Orang kata benda-benda ini macam biasa tapi bagi saya lebih kepada tawakal. Lagi-lagi kita ini orang dikenali, lagilah. Tapi saya lebih takut penyakit ain kerana susah nak dirawat," ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, Ozlynn bakal muncul menerusi filem 5 Bomoh yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 4 Jun ini. 

 

Filem 5 Bomoh mengisahkan tentang Rashdan, seorang bapa yang taksub dengan tahyul demi memastikan anaknya mendapat 8A dalam SPM. 

Dia akhirnya ditipu oleh lima bomoh 'scammer' yang memaksa keluarganya mengembara ke seluruh negara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Selain Ozlynn, filem tersebut turut dibintangi pelakon Datuk Aaron Aziz, Datuk Afdlin Shauki, Scha Alyahya, Datuk Amy Search, Aedy Ashraf dan Johan. 

Sumber – mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 2-6-2026 03:35 PM
johan poyo tu kan geng ustaz2...
Quote prince_marhaen 3-6-2026 11:09 AM
ye lahhh orang keyyy-elll....dah biasa open open bebas bebas kannn...anak sulong pun macam dah ikut jejak langkahhhh asyik berkepit ngan girlfrennnn siang malam record video...tapi suami warokkkk kann kuat semayang punya oranggg...
Quote zuriey 3-6-2026 02:05 PM
Bomoh tak caya tapi jantan yg buntingkan ko tu boleh pula ko percaya

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2026 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.025881 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top