CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Zul memang gila, kami dilatih makan penumbuk sebenar’ - Ikmal Amry

2-6-2026 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 427| Komen: 3

 

BERPELUANG bertinju dalam satu gelanggang dengan Zul Ariffin sememangnya peluang keemasan yang sudah lama dinanti-nantikan Ikmal Amry sejak bergelar anak seni.

Siapa yang tidak mahu membintangi sebuah naskhah bersama pelakon berusia 39 tahun itu, begitu jugalah impian Ikmal yang akhirnya terlaksana menerusi filem The Furious: Pertaruhan Maruah.

Ibarat bulan jatuh ke riba, dia tidak berfikir panjang apabila menerima lamaran menjayakan filem aksi arahan Heng Aik Siong atau Bear itu.

“Alhamdulillah impian nak berlakon filem aksi akhirnya tercapai, memang sudah lama teringin.

“Lebih teruja apaila barisan pelakon filem ini hebat-hebat belaka iaitu Zul, Sky Iskandar, Zamarul Hisham dan Marissa Yasmin. Pengalaman sepanjang penggambaran dan berlatih juga menyeronokkan.

“Saya pula baru berjinak-jinak dengan filem aksi dan mungkin ini membuka lebih banyak pintu rezeki lain,” katanya kepada HibGlam.

Menuntut kekuatan fizikal yang tinggi, pemilik nama penuh Mohd. Zulikmal Amry Ghazali itu mengakui babak pertarungan dengan Zul di gelanggang tinju antara paling mencabar.

Ujarnya, setiap tumbukan yang diberikan Zul untuk babak perlawanan sangat padu dan kuat.

“Babak berlawan dengan Zul sangat susah dan rasa sebab dia sangat kuat tambahan pula kami memang dilatih untuk ‘makan’ penumbuk yang sebenar.

“Jadi, setiap babak bertumbuk itu sebenarnya memang kami benar-benar berlawan, bukan acah-acah dan memang kena tumbuk betul.

“Setiap kali pulang ke rumah dan cuci solekan, memang merah bahagian yang kena tumbuk,” ujar pemegang watak Danial itu.

Akui bekas peserta Hero Remaja 2017/2018, berlawan dengan Zul membuatkan dia berasa gementar setiap kali melangkah ke gelanggang pertarungan.

“Bekerja dengan Zul adalah ‘wishlist’ saya, tak sangka bertemu dalam filem ini.

“Saya ingat akan berlakon sebagai anak Zul, rupa-rupanya kena berlawan dengan dia.

“Tapi persembahan dia untuk filem ini memang gila, saya memang kalah jauh dengan Zul,” kongsinya yang pernah kepala rasa berpinar selepas ditumbuk Zul.

Aksi

Bersyukur rezekinya kini lebih banyak ke arah naskhah aksi, bapa kepada dua cahaya mata itu mengakui genre itu menjadi sasarannya.

“Memang saya sudah rancang nak aktif dengan filem aksi sejak mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan 11 tahun lalu.

“Saya perlu sentiasa mencuba benda baharu supaya nama berkembang, tambahan pula orang selalu ingat saya hanya berlakon drama.

“Nama saya lambat dikenali berbanding rakan seperjuangan lain, jadi memang kena lakukan sesuatu yang drastik atau ekstrem,” jelasnya.

Tambahnya yang pernah membintangi filem Soloz: Game of Life, dia kini lebih yakin dan berani mempertaruhkan bakat untuk naskhah-naskhah aksi sekali gus mempamerkan kemampuan dimiliki.

Ikmal berasa sangat beruntung akhirnya dapat bekerjasama dengan aktor idola, Zul Ariffin.  

Kredit : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah_ary2 2-6-2026 03:18 PM
Ada tgk podcast on ikmal ni kesian juga dia ya dr kecik ada mengalami gangguan seksual best juga dgr cerita heols
Quote bedahmenjuyah 2-6-2026 03:41 PM
Takkan tumbuk betul2. Kalau cedera mcm mana? Kena berenti shoot ke?
Quote shernazz 3-6-2026 07:26 AM
sarah_ary2 replied at 2-6-2026 03:18 PM
Ada tgk podcast on ikmal ni kesian juga dia ya dr kecik ada mengalami gangguan seksual best juga dgr ...

Sbb muka jambu kot heols neh

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2026 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.028355 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top