CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Pengarah sedih, tak tahu punca tayangan ‘Konspirasi’ dihentikan sebelum cukup tempoh

29-5-2026 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 281| Komen: 10

 


PENGARAH filem iaitu Ghaz Abu Bakar meluahkan rasa sedih susulan karya terbaharunya berjudul Konspirasi dihentikan di pawagam Malaysia.

Tidak tahu punca sebenar, Ghaz, 50, berkata, dia masih belum mendapat sebarang jawapan daripada pihak penerbit berhubung perkara berkenaan.

"Sejujurnya saya sendiri tak tahu kenapa. Saya hanya dapat mesej daripada penerbit dan apabila ditanya, mereka tidak membalas.

"Setahu saya, syarat wajib tayang sepatutnya membenarkan minimum dua minggu tayangan. Filem ini baru masuk seminggu semalam (Khamis).

"Saya sangat sedih tetapi positif dengan apa yang berlaku," komennya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

 


Ghaz pada masa sama akur karyanya itu menerima pelbagai respons daripada penonton selepas ditayangkan pada 21 Mei lalu.

Sebagai seorang pengarah berpengalaman, baginya setiap komen bersifat subjektif dan mengikut selera penonton.

"Komen daripada yang sudah menonton terbahagi kepada dua, satunya suka sangat dari segi jalan cerita.

"Ada juga yang memberi ulasan negatif seperti penggunaan AI (teknologi kecerdasan buatan) yang mana saya tak dapat elakkan kerana pelakon lagak ngeri mengalami kemalangan.



"Pada saya itu adalah subjektif. Apa pun, saya dan kru produksi sudah memberikan yang terbaik," ujarnya.

Terdahulu, beberapa perkongsian termasuk selebriti di media sosial, mempersoalkan kenapa filem berkenaan tidak lagi ditayangkan di pawagam.

Filem terbitan Elepfilm Entertainment dan Asia Tropical Films ini membariskan pelakon seperti Datuk Adi Putra, Sarimah Ibrahim, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal dan Amir Nafis.

Sumber – mStar

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 29-5-2026 01:31 PM
aik.. baru plan nak gi tengok..
Quote alesandra 29-5-2026 07:41 PM
Penerbit sendiri yg mintak tarik tayangan .bukannya finas yg ban.tapi kenapa? penerbit kena tekanan ,ugutan pihak  tertentu ke?
Quote Purplehaz 30-5-2026 01:13 PM
konspirasi apakah ini
Quote lanacondor 30-5-2026 11:33 PM
Edited by lanacondor at 30-5-2026 11:34 PM

Ada baca kat socmed, org komen sb ada dialog dlm tu ayat lebih kurang mcm ni:

"Perdana menteri Pon pernah masuk penjara".

Di sebabkan dialog ni, movie tu kene henti tayangan. Ada sesiapa dah tgk cite ni ke?
Quote bedahmenjuyah 2-6-2026 07:03 PM
lanacondor replied at 30-5-2026 11:33 PM
Ada baca kat socmed, org komen sb ada dialog dlm tu ayat lebih kurang mcm ni:

"Perdana menteri Pon  ...

Bukan ke sherif ada dialog lebih kurang mcm ni. Elok je tayang. Lama plak tu.
Quote BungaKencana 3-6-2026 10:54 AM
harap masuk netflix.. GSC skrg pun dah tak byk showtime & hall yg dia buka wlpn cite maikel jeksen.. hr tu aku beria nk tgk the devil's wear prada tu & kengkonon nk amk midnight tup2 satu hari ada satu showtime je tu pun ptg.. hahahha

tmpt aku ada GSC je,
Quote dekmieDandy 3-6-2026 11:48 AM
BungaKencana replied at 3-6-2026 10:54 AM
harap masuk netflix.. GSC skrg pun dah tak byk showtime & hall yg dia buka wlpn cite maikel jeksen.. ...

bukan GSC je, TGV pun dah takde midnite movie ni

musim public holiday/cuti sekolah ni baru dia buka semula
Quote BungaKencana 3-6-2026 12:18 PM
dekmieDandy replied at 3-6-2026 11:48 AM
bukan GSC je, TGV pun dah takde midnite movie ni

musim public holiday/cuti sekolah ni baru dia bu ...

yeke, bosannye... midnite la best lps abes tgk movie blh lepak mamak
Quote dekmieDandy 3-6-2026 04:13 PM
BungaKencana replied at 3-6-2026 12:18 PM
yeke, bosannye... midnite la best lps abes tgk movie blh lepak mamak

kan!!! dulu selalu gi midnite movie, even screening 1.00 am pun sanggup sebab taknak ramai-ramai dalam hall
Quote alesandra 6-6-2026 04:32 PM
Edited by alesandra at 6-6-2026 04:35 PM
lanacondor replied at 30-5-2026 11:33 PM
Ada baca kat socmed, org komen sb ada dialog dlm tu ayat lebih kurang mcm ni:

"Perdana menteri Pon  ...

kalo ikut common sense ...setakat dialog mcm tu boleh je potong dialog atau scene tu.x perlu tarik balik tayangan.aku baca komen  filem ni sebenarnya teramat sendu.itu sbb penerbit tarik balik.which is valid kot ... tau pasal filem ni pun sbb ada org repost che puan a famosa acah2 percubaan utk trigger org supaya kutuk authorities filem ni sebenarnya kena ban.ujung2 dia pulak  suruh org  move on.bimbo

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2026 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.094459 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top