CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Menghargai Satu Sama Lain, Kami Macam Jatuh Cinta Lagi” - Hairul Azreen

29-5-2026 12:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 827| Komen: 7

 


Pelakon Hairul Azreen berkata kunci kebahagiaan rumah tangganya bersama isteri, Hanis Zalikha kerana komunikasi yang sihat dan lebih memahami tanggungjawab masing-masing.

Memetik HibGlam, Hairul berkata dia dan Hanis juga mengambil pendekatan tidak ambil peduli mengenai hal orang lain dan fokus pada keluarga sendiri.

“Masalah rumah tangga alhamdulillah okey, asalkan kita ada komunikasi bagus sebab saya tak ambil tahu dan tidak tahu apa jadi dekat orang lain. Bagi saya jaga diri sendiri dan isteri, asalkan kalau ada benda yang salah faham kami berbincang.

“Tapi lebih banyak berkomunikasi yang bagus, susahlah ada gaduh-gaduh yang besar. Zaman ‘nak tak awak ‘couple’ (bercinta) dengan saya’, mungkin banyak bergaduh.

“Sekarang masing-masing dah faham tanggungjawab. Lebih fokus pada itu,” katanya.

Sementara itu, ada netizen yang menjadikan perkahwinannya sebagai rujukan, Hairul berharap tidak dilakukan secara berlebihan.


“Janganlah (jadikan idola). Tak ada manusia yang sempurna, jadi setiap orang akan tahu macam mana nak buat yang terbaik untuk keluarga dia.

“Asalkan dua-dua menghargai satu sama lain. Macam Hanis, saya gembira tengok dia dengan Cakenis dan dia pun seronok tengok saya buat Hyrox.

“Jadi kami macam jatuh cinta lagi. Malah, dekat sana saya cakap dekat dia ‘I (nama panggilan Hairul) rasa macam nak mengurat you (Hanis) sekarang’. Dia pula cakap dekat saya bila lari nampak kacak sangat,” katanya.

Sumber: HibGlam, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 29-5-2026 02:54 PM
baikkk....

semoga kekal ke akhir hayat....
Quote slyfynx 29-5-2026 04:28 PM
“Jadi kami macam jatuh cinta lagi. Malah, dekat sana saya cakap dekat dia ‘I (nama panggilan Hairul) rasa macam nak mengurat you (Hanis) sekarang’. Dia pula cakap dekat saya bila lari nampak kacak sangat,” katanya.


Ni menaip dgn kepala lutut ke hape ni?
Quote zuriey 29-5-2026 07:28 PM
Ok aku dah ss simpan
Nnti bercerai berai aku up balik
Quote sukanyanyi 30-5-2026 08:45 PM
Tong ar masih npk pasangan kachakkk.. tak payah cuci manter tgk rentiss
Quote sukanyanyi 30-5-2026 08:46 PM
Sbb pasangan tu dh mmg rentis n berduit nak maintain bagai.. gud for u, gud for u.. achik nk masuk dunia khayalan jap
Quote tahanie 31-5-2026 12:51 AM
Muka bini lagi lebor ek dari laki nye
Quote liyamariska 31-5-2026 04:19 AM
membongak selagi boleh kekdahnya...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2026 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.045493 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top