|
PETALING JAYA – Sebanyak 23 kematian direkodkan dalam 1,225 kes kemalangan jalan raya di seluruh negara pada hari pertama sambutan Hari Raya Aidiladha semalam. Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia memaklumkan, jumlah kemalangan menunjukkan penurunan sebanyak 646 kes berbanding 1,871 kes yang direkodkan hari sebelumnya. “Bagaimanapun, jumlah kematian meningkat sebanyak lapan kes berbanding 15 kematian yang direkodkan pada Isnin,” kata JSPT menerusi hantaran di Facebook hari ini. Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya terus mematuhi peraturan jalan raya dan mengamalkan pemanduan berhemah sepanjang musim perayaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Sumber – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-6-2026 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.051194 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.