CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bukan setakat saiz, ‘pattern’ renda-renda pun orang tahu! Wanita ini larang keras sidai pakaian dalam dekat ampaian luar

25-5-2026 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 497| Komen: 3

 



PAKAIAN dalam disifatkan sebagai barangan peribadi yang perlu dijaga rapi dan disembunyikan daripada pandangan umum, terutamanya demi menjaga batas aurat.

Menyedari kepentingan isu tersebut, seorang wanita berkongsi pesanan khusus buat pasangan suami isteri agar lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling terutama ketika berada di rumah mentua.

Menurutnya, pakaian dalam tidak seharusnya dijemur di tempat terbuka seperti ampaian luar kerana tindakan sedemikian secara tidak langsung mendedahkan hal peribadi kepada ahli keluarga yang lain.

"Pesanan buat yang baru berkahwin. Kalau balik rumah mentua, jangan kau jemur pakaian dalam dekat ampaian luar.

"Pakaian dalam tu aurat kau. Tak pasal ipar duai tahu warna apa kau pakai, saiz apa, renda tak berenda," kongsinya.

Dalam masa sama dia turut menitipkan nasihat agar golongan isteri mengambil inisiatif menjemur pakaian dalam di dalam bilik tidur sendiri demi menjaga maruah serta privasi sebagai pasangan suami isteri.


 

"Nak jemur, kau jemur dalam bilik. Sebab tu juga akak cakap bilik kelamin jangan bagi orang masuk.

"Segala aib segala aurat kamu suami isteri ada di dalam tu," nasihat wanita tersebut.

Perkongsian yang tular itu ternyata menarik perhatian warga maya, di mana rata-ratanya bersetuju selain mendakwa memang wujud segelintir individu yang seolah-olah hilang perasaan malu sehingga sanggup mempamerkan pakaian dalam mereka kepada umum.

"Pernah singgah beraya rumah seseorang ni, macam alim la keluarganya. Tumpang guna tandas, bergantungan seluar dalam dan bra. Kita terkesima.

"Dulu ipar aku jemur dekat tingkap tempat aku duduk, mental ke apa nak menunjuk pakaian dalam.

"Usahkan rumah mentua. Rumah sendiri pun, tak pernah sidai terpampang pakaian dalam seisi rumah pada orang," komen netizen.

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 25-5-2026 04:01 PM
ada je jenis selumber jemur spender bra macam tu je masa buat jamuan.. memang lah jemur kat dapur tapi lelaki kadang2 panjang kaki satu rumah nak pusing sambil hisap okok
Quote gideoncross 14-6-2026 02:46 AM
X psl2 ada yg fetish
Quote Lily_Elizabeth_ 15-7-2026 01:05 PM
Yang jual di shopping complex tu macam mana pulak?.
Ayoma.
Otak tu jangan lah biru hitam kuning sangat.
Buat biasa je le.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.030768 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top