CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Plus jangka 2.2 juta kenderaan sehari sempena cuti berganda

21-5-2026 05:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 377| Komen: 2

 



PETALING JAYA – Plus Malaysia Berhad (Plus) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari di rangkaian lebuh rayanya sempena musim cuti persekolahan dan sambutan beberapa perayaan utama bermula 22 Mei hingga 7 Jun ini.

Plus dalam satu kenyataan berkata, peningkatan aliran trafik itu melibatkan tempoh Cuti Pertengahan Tahun Persekolahan, Hari Raya Aidiladha, Hari Wesak serta Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Plus, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) turut dijangka merekodkan peningkatan trafik sehingga 50,000 kenderaan sehari pada hari-hari puncak.

“Bagi perjalanan keluar dari Lembah Klang, hari-hari puncak dijangka berlaku pada 22, 23, 26, 28, 29, 30 dan 31 Mei 2026.

“Manakala perjalanan kembali ke Lembah Klang pula dijangka sesak pada 4, 5, 6 dan 7 Jun 2026,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, Plus menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan teruk terutama pada waktu puncak.

Menurut kenyataan itu, pihaknya telah membuat pelbagai persediaan termasuk mengaktifkan Smart Lane di 33 lokasi tumpuan trafik untuk menambah kapasiti lorong.

Selain itu, lebih 500 anggota PlusRonda dan LPT2Ronda turut ditugaskan menjalankan rondaan selama 24 jam sehari sepanjang musim perayaan tersebut.

“Plus juga akan mengoptimumkan operasi plaza tol dengan membuka semua lorong serta melaksanakan pemantauan trafik secara masa nyata menerusi Pusat Pemantauan Trafik (TMC),” katanya.

Dalam pada itu, pengguna disaran menggunakan jadual perjalanan digital MyPlus-TTA menerusi aplikasi Plus bagi membantu melancarkan perjalanan dan mengurangkan kesesakan.

Plus turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan beberapa agensi lain bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar serta tahap keselamatan berada pada tahap optimum.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat trafik semasa menerusi aplikasi Plus, Pembantu Maya Putri, aplikasi X @plustrafik dan @lpt2trafik, selain paparan mesej elektronik (VMS) dan siaran radio utama negara.

Dalam perkembangan sama, pengguna lebuh raya diingatkan supaya memastikan baki kad Touch ‘n Go atau eWallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

Plus turut menasihatkan pengguna supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, mendapatkan rehat secukupnya serta memandu secara berhemah demi keselamatan semua pengguna jalan raya. 

Sumber - KOSMO! ONLINE
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 22-5-2026 09:42 AM
Raya Haji adalah masa untuk memasang dan mengamalkan sendiri azam baru lepas hari tersebut tanpa perlu menunggu Tahun Baru dan Awal Muharram
Quote Supersirap 23-5-2026 11:25 AM
Semoga dipermudahkan segalan urusan mereka ini, selamat pergi dan kembali

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.053606 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top