CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Ada saja perempuan luaran nampak baik, dalam hati jahat’ - Siti Elizad

21-5-2026 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 904| Komen: 12

 



SETIAP pelakon pastinya mempunyai watak yang ingin dijayakan dalam  filem atau drama lakonan mereka.

Selalunya pasti watak antagonis atau apa sahaja yang mencabar kemampuan menjadi impian segelintir pelakon, begitu jua disuarakan Siti Elizad.

Akui pemilik nama penuh Siti Elizad Mohd Sharifuddin, dia masih belum diberikan kesempatan untuk menggalas watak antagonis yang benar-benar kejam pada mata penonton.

“Setiap kali orang tanya jenis watak yang saya tidak pernah bawa, jawapannya adalah watak jahat.

“Saya nak sangat dapat watak jahat sebab yakin boleh lakukannya dan mahu lebih versatil.

“Sayangnya, masih belum pernah ada rezeki lagi untuk dapat watak yang memang jahat betul,” katanya kepada HibGlam.

Meski perjalanan kerjaya seninya berjalan dengan baik, jauh di sudut hati aktres berusia 41 tahun itu masih mengejar karakter yang boleh menggugat kemampuannya sebagai pelakon.

Keinginan yang membuak-buak tersebut juga membuatkan dia berani menyuarakan hasrat tersebut kepada pihak produksi.

“Kerjaya lakonan setakat ini semuanya okey, alhamdulillah. Cuma ada lagi beberapa hal yang belum lengkap dalam hidup termasuk tiada tawaran watak jahat.

“Kasihan saya, adakah perlu lakukan pembedahan muka untuk dapat watak tersebut?

“Sampai kadang-kadang di set penggambaran sudah pakai gincu merah untuk serlahkan perwatakan jahat tetapi tetap juga tiada peluang tersebut sedangkan sudah suarakan perkara tersebut kepada pihak produser,” katanya.

Tambah pelakon tinggi lampai itu, antara alasan yang diberikan pihak produksi adalah disebabkan air mukanya tidak seperti seorang wanita kejam.

“Saya pernah beritahu pihak produksi tetapi mereka kata tidak boleh sebab muka saya nampak baik.

“Tapi bila fikir semula, ada saja perempuan yang sebenarnya penampilannya nampak baik tetapi dalam hati jahat, ramai saja begitu.

“Jadi, saya nak sangat benda begitu. Bukan nak jadi sangat kejam tetapi watak antagonis menarik sebab ada graf dalam lakonan.

“Doakanlah saya dapat, manalah tahu termakbul, insya-Allah,” ujarnya.

Berkongsi karakter yang sering diberikan kepadanya, pelakon drama Bila Cinta Menjadi Dosa itu mendedahkan hanya watak air mata yang memonopoli kamus kerjaya seninya.

“Kebanyakan karakter yang saya dapat adalah skrip-skrip berat sedangkan saya mengharapkan watak yang tak pernah cuba.

“Bila sudah biasa dapat watak sama, cabarannya pula berbeza juga sebab perlu buat kelainan.

“Watak orang kampung mungkin tangisan dia lain dengan orang bandar.

“Saya kena ubah karakter supaya penonton tak anggap semua lakonan dalam drama sama sahaja,” akhirinya. 

Sumber - KOSMO! ONLINE
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babynina30 21-5-2026 06:09 PM
Lain plak muka
Quote bottombikini 21-5-2026 07:10 PM
kalau org tak caya dia mencucuk aku tak tau lah
Quote AWEKSAMURAI 21-5-2026 07:25 PM
Betul ada sekor janda tu tu
Quote Gokuuu 22-5-2026 01:59 AM
AWEKSAMURAI: Betul ada sekor janda tu tu
AWEKSAMURAI: Betul ada sekor janda tu tu


Lambat laun org akan celik
Quote Gokuuu 22-5-2026 02:00 AM
Energy cannot lies....
Quote supernaturalee 22-5-2026 11:21 AM

idung, dagu; obviously
probably: cheekbone & lips


tu yg luar, yg dalam










Quote bbalik 22-5-2026 11:30 AM
dia pun ngaku cucuk2 tu punca mandul
Quote pinkpunk 22-5-2026 01:42 PM
seyeslah lain tul muka
Quote selipar_hijau 22-5-2026 02:47 PM
hidung dia mmg nmpak lain
Quote kucingitam 22-5-2026 02:55 PM
mata pun buat ke..pls kembali jadi elizad zaman TLU..
Quote pocongkiutss 22-5-2026 03:05 PM
kucingitam replied at 22-5-2026 02:55 PM
mata pun buat ke..pls kembali jadi elizad zaman TLU..

Pasan tak..sebelum TLU dia kurang lawa .masa TLU tetuba vazz..cer cari pic dia lama2 dulu

Skrg ni kembali pelik
Quote Lily_Elizabeth_ 28-5-2026 12:43 PM
Kembung kembung muka dia now now.
Tak elok sangat.
Nampak cam makcik makcik.
Muka budak muda tirus lawa.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.093528 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top