CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan terus bertelingkah, Melayu-Islam akan rugi – Sultan Selangor

21-5-2026 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 479| Komen: 10

 



SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap perpecahan dan pertelingkahan dalam kalangan orang Melayu serta umat Islam yang disifatkan mampu melemahkan bangsa sendiri jika tidak dihentikan segera.

Baginda bertitah, perpecahan berterusan khususnya melibatkan pemimpin politik dan rakyat hanya akan menyebabkan orang Melayu dan umat Islam menjadi lemah serta membuka ruang kepada pihak luar mengambil kesempatan.

“Jika kita terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri, maka kita yang akan rugi dan lemah.

“Beta juga perhatikan sejak akhir-akhir ini terlalu banyak pertelingkahan dan perselisihan berlaku dalam kalangan ahli politik sehingga boleh menimbulkan keresahan rakyat.

“Semua pihak seharusnya mengambil iktibar daripada sejarah lampau apabila perpecahan orang Melayu Islam telah membuka ruang kepada pihak luar untuk mengambil kesempatan dan melemahkan kuasa serta kedudukan bangsa Melayu di tanah air sendiri,” titah baginda dalam kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah di sini, hari ini.

Sultan Sharafuddin menegaskan bahawa perpaduan orang Melayu tidak harus disalah tafsir sebagai usaha untuk bermusuhan dengan semua kaum lain di negara ini.

Sebaliknya, titah baginda, kekuatan sesuatu bangsa yang hidup bersatu akan menjadikan negara lebih aman, stabil dan rakyatnya saling menghormati.

“Di kesempatan sambutan Aidiladha ini juga, Beta mahu agar semua kaum, bangsa dan semua agama di Negara ini saling hormat menghormati sensitiviti antara satu sama lain dan hidup aman damai.

“Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun Islam pernah mencapai zaman kegemilangan ketika era Kerajaan Uthmaniyyah apabila masyarakat berbilang bangsa hidup harmoni di bawah pemerintahan Islam,” titahnya.

Sultan Sharafuddin turut bertitah agar mengambil teladan dari perayaan Aidiladha yang mengajar umat Islam mengenai erti pengorbanan, keikhlasan dan perpaduan ummah.

“Ketika jutaan umat Islam berhimpun di Tanah Suci tanpa mengira pangkat, bangsa dan kedudukan, mereka menunjukkan satu contoh perpaduan yang amat besar nilainya kepada seluruh dunia Islam,” titahnya.

Pada masa sama, baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat di Selangor.

Baginda berdua turut mendoakan seluruh jemaah haji Malaysia dipermudahkan segala urusan ibadah mereka, dikurniakan kesihatan yang baik, kembali ke tanah air dengan selamat serta memperoleh haji yang mabrur.

Baginda turut mendoakan agar seluruh jemaah haji Malaysia dipermudahkan segala urusan ibadah, dikurniakan kesihatan yang baik, kembali ke tanah air dengan selamat serta memperoleh haji yang mabrur.  

Sumber - KOSMO! ONLINE
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 21-5-2026 06:26 PM
Bukan ada parti baru ke? Itu nak bagi pecah la tu. Kalu tak buat NGO je la.
Quote slavehunter 21-5-2026 07:29 PM
Melayu self proclaim terpaling bijak pandai educated overseas graduated pun hujung2 jadi barua, pencacai cina dan Caucasian jer.
If American serve and dies for Israel sama juga melayu serve and dies jadi cacai agenda cina jer la kat tanah air ni.

Lebih rela jadi macai agenda cuci taik cina dari bela sesama kaum melayu sendiri. It's in their DNA.
Quote budi_jentayu 22-5-2026 07:43 AM
slavehunter replied at 21-5-2026 07:29 PM
Melayu self proclaim terpaling bijak pandai educated overseas graduated pun hujung2 jadi barua, penc ...

mentaliti typical Melayu acah konon terrrrpaling urban memang gini kan

apa barang bela bekap sesama Melayu, so kampung kekdahnya

moga urban yang dibanggakan sangat tu boleh bagi syafaat pada diorang di hari akhirat & diorang dapat fast lane ke syurga la hendaknya
Quote Minami2013 22-5-2026 07:58 AM
budi_jentayu replied at 21-5-2026 11:43 PM
mentaliti typical Melayu acah konon terrrrpaling urban memang gini kan

apa barang bela bekap sesa ...

Betul. Pelik kdg baca terpaling memahami bangsa lain termasuk la israhell laknatullah, tapi bila melayu, islam terpaling perlekeh.
Quote Decaffeinated 22-5-2026 09:19 AM
Sebab politik kita acuan barat, ada left ada right. Kalau bersatu based on race nanti dalam tu pula bercakar left and right. Kalau nak semua left jadi lah negara komunis.
Quote slavehunter 22-5-2026 03:38 PM
budi_jentayu replied at 22-5-2026 07:43 AM
mentaliti typical Melayu acah konon terrrrpaling urban memang gini kan

apa barang bela bekap sesa ...

Tak guna juga....mengaku terpaling urban terpaling educated hujung2 kerja bawah cina gak, kerja bawah omputih jadi promoter agenda kafirun. Yang paling pandai tetap dorang juga, sebab ko kerja and serve for them. Educated kat Oxford pun hujung2 jadi macam tu juga.

Paling2 pun jadi CEO,Sgm work for their interest.
Cukup umur sakit dan mati. Bawa hard disk compile sepanjang hidup mereka jadi promoter untuk hidup next life. Okay juga tu nanti boss mereka yang bagi syafaat nanti.
Quote slavehunter 22-5-2026 03:45 PM
budi_jentayu replied at 22-5-2026 07:43 AM
mentaliti typical Melayu acah konon terrrrpaling urban memang gini kan

apa barang bela bekap sesa ...

Patut nye melayu dah tak perlu lagi tunduk pada agenda mereka, British empire dah collapse, Queen E dah mati, tak perlu dah , Britain pun dah tak kuat dengan America, King Charles pun kena bow to Rothchilds .

Malays should take back their land and boleh buat macam mana apa yang Nigel farage planning, boleh oust semua immigrants pendatang ni semua, biar jer Malay rules with their own term and condition, tak perlu hadap western allies sangat, boleh buat deal dengan negara negara yang tak sekongkol dengan America sangat.

Tun M can do it. Of course others can do.
Quote ultra78 23-5-2026 07:08 PM
Sekarang ni melayu ada berapa parti politik? Memang gila kuasa apabila setiap tokoh politik nak buat parti mereka sendiri. Bila undi melayu dah split, parti kapir dap juga disalahkan.
Quote TOPwind 24-5-2026 02:53 PM
VVVVIP ni kan dia ada simpan fail X mcm jefry Estain fails di pegang oleh orang cina dan keling

sbb bila mereka nak bersuntut ke, minum ke, Judi ke, terima $$$ ke
disekeling mereka ialah Cina dan pariahlah

sbb tula mereka berani buat apa yg mereka perlu buat kpd VVVVIP.

Quote TOPwind 24-5-2026 02:54 PM
Edited by TOPwind at 24-5-2026 02:57 PM

VVVVIP ni kan, fail X mcm jefry Estain fails di pegang oleh orang cina dan keling

sbb bila mereka nak bersuntut ke, minum ke, Judi ke, terima $$$ ke
disekeling mereka ialah Cina dan pariahlah

sbb tula mereka berani buat apa yg mereka perlu buat kpd VVVVIP.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.194562 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top