CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga emas, Ang Kim Lai nafi langgar dua beradik sehingga maut

21-5-2026 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 375| Komen: 4

 



KLANG – Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan menyebabkan kematian dua beradik, minggu lalu.

Tertuduh, Ang Kim Lai, 75 membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret A. Khartiyayini selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, Kim Lai memandu kereta secara melulu sehingga berlakunya kecederaan kepada Wong Nyok Sim, 62 dan Wong Nyoke Fong, 57 di Jalan Pekan Baru di sini, kira-kira pukul 7.30 malam, pada 15 Mei.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 Pindaan 2021 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih daripada RM50,000, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Syuhada Rosli mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin serta memohon tarikh baharu sebutan kes bagi laporan forensik dan kimia.

Peguam, Tong Kuan Ling dalam mitigasi memohon mahkamah menetapkan jaminan yang paling minima kepada anak guamnya susulan dia tidak lagi bekerja.

Tambahnya, tertuduh juga mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis dan tinggal dengan lima orang anaknya

“Menantunya yang akan bertindak sebagai penjamin hanya berpendapatan sebanyak RM3,500 sebulan sebagai pembantu restoran,” jelasnya.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan lesen memandu tertuduh disimpan mahkamah sehingga kes selesai, manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Ogos ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan dua beradik maut dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun cedera selepas dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda CX-5 dalam kejadian tersebut.

Pemandu SUV itu bertindak melarikan diri sejurus kemalangan sebelum ditahan polis di sebuah kedai makan miliknya, kira-kira pukul 11.40 pagi Sabtu lalu. 

Sumber - KOSMO! ONLINE
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penmerah 21-5-2026 07:02 PM
Atok sepet ni bawak laju ke?
Syukur sepet ni direman (walau diikat jamin)
Teringat atok sepet sorang lagi yg langgar food rider dilepaskan sementara alasan masalah kesihatan

Sikit pun tak kesian tgk atuk sepet bergari kat atas tu
Fadan muka
Moga jatuh hukum dan merasa masuk sel
Quote slavehunter 21-5-2026 07:23 PM
Orang tua should be banned from driving. They have dementia and banyak penyakit yang  bagi less energy to drive.
Quote supernaturalee 22-5-2026 10:29 AM
“Menantunya yang akan bertindak sebagai penjamin hanya berpendapatan sebanyak RM3,500 sebulan sebagai pembantu restoran,” jelasnya.


5 org anaknya kenapa tak jamin?



anyway, kes hit & run la ni kan

dlm berita tgk mlm td, bergelimpangan mangsa

udah mcm tenpin bowling dibuatnya



klu takut kena bantai, pi la balai

atok owh atokkk

Quote nisako 22-5-2026 10:31 AM
patut banned terus dr memandu lagi

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.312186 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top