|
PETALING JAYA – Aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dan Freedom Flotilla Coalition (FFC) didakwa dikasari dengan menggunakan senjata renjat elektrik atau taser secara kerap selain ada yang mengalami patah tulang rusuk dan sukar bernafas ekoran dizalimi oleh tentera rejim Zionis Israel.
Perkara itu didedahkan oleh The Legal Centre for Arab Minority Rights in Israel (Adalah) selepas konsultasi guaman bersama aktivis GSF 2.0 dan FFC yang ditahan secara tidak sah. Adalah mengesahkan, semua tahanan kini melalui proses awal imigresen Israel dan hampir kesemuanya dipindahkan ke Penjara Ktziot. “Para peguam turut mendokumentasikan puluhan peserta dipercayai mengalami patah tulang rusuk serta kesukaran bernafas. “Laporan juga menyatakan penggunaan senjata renjat elektrik (taser) secara kerap terhadap peserta, selain kecederaan akibat peluru getah semasa pemintasan bot flotila dan ketika mereka dipindahkan ke kapal tentera,” menurut kenyataan Adalah. Adalah mendedahkan, aktivis turut mengalami keganasan melampau di atas kapal serta sepanjang proses pemindahan dari bot ke pelabuhan. “Selain itu, pihak berkuasa memaksa aktivis berada dalam posisi tekanan fizikal ketika dibawa di sekitar pelabuhan. “Mereka dipaksa berjalan dalam keadaan membongkok sepenuhnya sambil pengawal menekan belakang mereka secara kasar. Peserta juga dipaksa duduk melutut dalam bot untuk tempoh yang lama,” katanya. Adalah menerima banyak aduan mengenai keganasan melampau, menunjukkan corak baharu penderaan fizikal yang sengaja dilakukan oleh pihak berkuasa Israel. Katanya, keganasan ini menyebabkan kecederaan serius dan meluas, termasuk sekurang-kurangnya tiga individu dimasukkan ke hospital sebelum dibebaskan semula. “Selain penderaan fizikal tersebut, peserta turut mengalami penghinaan teruk termasuk gangguan seksual dan penghinaan maruah. “Beberapa peserta wanita juga dilaporkan direntap tudung mereka oleh pihak berkuasa Israel,” menurut Adalah lagi. Sementara itu, Adalah terus memantau situasi ini dengan rapat dan peserta dijangka dibawa esok untuk hadir di hadapan tribunal sementara menunggu proses pengusiran. “Adalah akan menuntut untuk hadir dalam prosiding tersebut bagi memberikan representasi guaman kepada mereka. “Adalah juga terus mendesak supaya semua peserta flotila yang kini ditahan secara tidak sah dibebaskan segera tanpa syarat,” kata Adalah. Sumber - KOSMO! ONLINE
|


primarikey replied at 21-5-2026 08:59 PM
Sbb tu la aku tak setuju wanita jd aktivis GSF ni...takut jd mcm ni la...gangguan seksual...plg taku ...
fattymah replied at 21-5-2026 10:36 PM
Mohon update.. iols nengok nius semua aktivist dah released
ultra78 replied at 22-5-2026 07:08 AM
Dah diri sendiri gatal nak pergi sedangkan dah tahu bagaimana layanan israel. Jangan la buat cerit ...
babynina30 replied at 22-5-2026 11:31 AM
Lg sebulan dua, buat sumut 3.0 plak. Ulg smpai ajm
fattymah replied at 22-5-2026 05:06 PM
Nengok nius tadi rupanya sf ni since 2008
Lagi best ai dok godek² nius omputih nama malayzia tak ...
borrow replied at 22-5-2026 08:46 PM
yg pertama tu je lepas. Lain2 kena cantas .
2007 - Sekatan darat , laut dan udara ke atas Palesti ...
borrow replied at 22-5-2026 08:46 PM
yg pertama tu je lepas. Lain2 kena cantas .
2007 - Sekatan darat , laut dan udara ke atas Palesti ...
primarikey: Sbb tu la aku tak setuju wanit ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-6-2026 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.246343 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.