CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hentikan budaya ‘selective loyalty’ terhadap institusi diraja – MB Selangor

21-5-2026 05:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 393| Komen: 5

 



PETALING JAYA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyeru semua pihak termasuk pembangkang supaya menghentikan budaya ‘selective loyalty’ atau kesetiaan terpilih terhadap institusi Raja, agama dan bangsa demi kepentingan politik sempit.

Ini kerana katanya, rakyat sewajarnya menjunjung kasih terhadap titah dan nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2026.

Pada titah itu katanya, baginda menekankan kepentingan perpaduan, keharmonian masyarakat majmuk serta kestabilan negara.

“Tindakan mempertahankan Raja, agama dan bangsa hanya apabila ia menguntungkan kedudukan politik sendiri tetapi mengabaikannya apabila tidak memihak kepada kepentingan tertentu perlu dihentikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Amirudin berkata, titah Sultan Selangor hadir pada waktu amat penting ketika terdapat kecenderungan segelintir pihak meniup api perkauman, memperalatkan sentimen agama serta institusi diraja demi kepentingan politik.

Malah katanya, Malaysia dibina atas semangat muafakat, persefahaman dan keluhuran undang-undang, bukannya kebencian kaum atau ketakutan agama.

Pada masa sama, turut mengingatkan rakyat supaya menghayati Rukun Negara secara menyeluruh termasuk memahami mukadimahnya yang mengandungi cita-cita besar pembinaan negara bangsa.

“Rukun Negara bukan sekadar lafaz di majlis rasmi tetapi falsafah kebangsaan yang perlu dihayati dalam kehidupan bernegara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, semua pihak juga perlu meneliti Perlembagaan Persekutuan secara jujur dan bertanggungjawab serta memahami Pengisytiharan Kemerdekaan supaya sejarah negara tidak diputar belit mengikut kepentingan politik.

“Malaysia diasaskan sebagai sebuah negara Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang berteraskan keluhuran Perlembagaan.

“Sebarang cubaan mengherotkan sejarah negara, menanam kebencian antara kaum atau mempersoalkan kerangka Perlembagaan demi keuntungan politik adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan berbahaya kepada masa depan negara,” katanya.

Tegas Amirudin, Kerajaan Selangor akan terus berpegang kepada semangat perpaduan, kesederhanaan dan penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan serta kedaulatan undang-undang seperti digariskan oleh para pengasas negara.

Sumber - KOSMO! ONLINE
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 21-5-2026 07:18 PM
You should be correcting and advocating that matter to your fellow DAP la mamat poyo.
Quote Apoo 21-5-2026 11:42 PM
slavehunter replied at 21-5-2026 07:18 PM
You should be correcting and advocating that matter to your fellow DAP la mamat poyo.

Dia nak bgtau kat PAS, jangan menunggang Sultan. Time isu babi, PAS kecam DAP sbb lawan Sultan. Time isu Obon dulu, PAS pun sama derhaka kpd Sultan sampai sultan pun suruh geng PAS hadir obon tu utk menilai sendiri.
Quote clueless_gamer 22-5-2026 06:03 AM
dia nak tunjuk dekat partner party dia lah tu.. nak tegur depan belum tentu lagi makan saman kan..

keep on digging deeper, org selangor khususnya akan ingat banyak benda nanti bila nak mengundi..
Quote nisako 22-5-2026 10:33 AM
sudah le ko pun sama cm ddddddddddddddddddddddaaaaa
Quote slavehunter 22-5-2026 03:29 PM
Apoo replied at 21-5-2026 11:42 PM
Dia nak bgtau kat PAS, jangan menunggang Sultan. Time isu babi, PAS kecam DAP sbb lawan Sultan. Ti ...

And you expect me to believe what he said?
Memang tak ler.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.304031 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top