CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

15 tahun kahwin, Norreen Iman sah bercerai talak satu

21-5-2026 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1234| Komen: 8

 


15 tahun usia perkahwinan, pelakon dan pempengaruh media sosial Norreen Iman akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Mohd. Raizi Abdul Razak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.

Tanpa sepatah kata kepada media, kedua-duanya dilihat tenang namun memilih untuk mengunci rapat kisah peribadi sebaik sahaja prosiding selesai.

Sebelum itu, Norreen, 32, sempat menitipkan luahan ringkas penuh makna dalam laman Threads miliknya seolah-olah memberi bayangan tentang keputusan besar tersebut.

“Bismillahirrahmanirrahim,” tulisnya ringkas.

Kehadiran pasangan itu ke mahkamah sebelum ini pada 29 April lalu sudah mula mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat, apatah lagi apabila mereka dilihat hadir bagi tujuan pengesahan lafaz cerai.

Namun, kedua-duanya terus berdiam diri tanpa memberikan sebarang kenyataan lanjut, seakan-akan memilih jalan sunyi untuk menutup episod rumah tangga mereka.

Dalam diam, keretakan rumah tangga pasangan tersebut sebenarnya sudah lama dihidu apabila mereka tidak lagi berkongsi momen bersama dalam media sosial, sekali gus menguatkan spekulasi pergolakan yang berlaku.

Untuk rekod, Norreen dan Raizi mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata. 

Sumber - KOSMO! ONLINE
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gianna111 21-5-2026 05:34 PM
kawen masa umur 17 ke ni????
Quote RosVilla13 21-5-2026 06:45 PM
Mmmm ada teh keeeer... tengok elok jer selama ni.. we  never knew what goes behind the closed doors  
Quote Bedak_Carrie 21-5-2026 06:52 PM
RosVilla13 replied at 21-5-2026 06:45 PM
Mmmm ada teh keeeer... tengok elok jer selama ni..  we  never knew what goes behind the clo ...

Teh takde sbb...
Tanpa sepatah kata kepada media, kedua-duanya dilihat tenang namun memilih untuk mengunci rapat kisah peribadi sebaik sahaja prosiding selesai.

Bagus kan gini.. Kunci rapat so org tak done nak bancuh teh.

Quote supernaturalee 22-5-2026 04:36 PM
Gianna111 replied at 21-5-2026 05:34 PM
kawen masa umur 17 ke ni????

boleh jadi selepas habis spm

contoh: tarikh lahir dia 31.12.1993

kawen 1.1.2011

so masa ni umur sebenar adalah 17 tahun 1 hari


org kita kan klu bab umur ni suka pukul rata, main tolak tahun je

tak tengok tarikh lahir dah

kecuali kk, hosp, dia akn tulis exactly umur tu ikut tahun dan bulan



so, berapa hb tarikh lahir dia sbnrnya

bg meng'clear'kan teori di atas
Quote RosVilla13 23-5-2026 10:30 AM
Bedak_Carrie replied at 21-5-2026 06:52 PM
Teh takde sbb...
Tanpa sepatah kata kepada media, kedua-duanya dilihat tenang namun memilih untuk ...

Ya mcm ni okay lah.. okayy teh tak tumpah kali ni. Let's see..  semoga sampai bila2 mcmtu
Quote I.K.A888990 23-5-2026 11:53 AM
Dah lama rupanya dia kahwin
Quote zuriey 23-5-2026 12:45 PM
Hidup tak ada kemajuan kot
Semua bini kena fikir dan tanggung
Quote Bedak_Carrie 23-5-2026 02:26 PM
RosVilla13 replied at 23-5-2026 10:30 AM
Ya mcm ni okay lah.. okayy teh tak tumpah kali ni. Let's see..  semoga sampai bila2 mcmtu

Kebanyakan nya lama2 teh akan tumpah jugak you...
Tp org dah x berapa nak hadap sbb benda dah lama.... Teh dah sejuk..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.189414 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top