CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular wanita herdik, cuba kurung kanak-kanak di luar rumah

21-5-2026 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 679| Komen: 6

 


PETALING JAYA – Tular di media sosial rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang wanita dipercayai pengasuh memarahi seorang kanak-kanak sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Rakaman yang dikongsikan menerusi aplikasi Threads oleh pengguna dikenali sebagai zakrulikhwan itu dipercayai berlaku di sebuah taman perumahan di Bandar Sri Sendayan pada 14 Mei lalu kira-kira pukul 1.28 petang.

Berdasarkan video berkenaan, seorang wanita berbaju kuning dilihat memarahi seorang kanak-kanak di luar rumah sebelum dipercayai cuba mengurung mangsa di bahagian luar kediaman tersebut.

Kanak-kanak itu kemudian dilihat menjerit dan menangis sambil mengetuk pintu rumah bagi meminta dibenarkan masuk.

Tidak lama kemudian, wanita terbabit kembali keluar sebelum menolak kanak-kanak tersebut dan terus memarahinya berkali-kali.

Perkongsian itu meraih perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap kanak-kanak berkenaan selain menyifatkan tindakan wanita tersebut keterlaluan.

Ramai juga menggesa jiran sekeliling mengambil tindakan segera dengan melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Kalau betul pengasuh, memang tak patut layan budak macam ni,” ujar Sya.

“Kesian budak itu menangis sampai macam tu. Trauma dia nanti,” komen Hashim.

“Harap jiran bertindak segera dan laporkan kepada pihak berkuasa sebelum apa-apa tidak diingini jadi,” komen Yus.  

Sumber - KOSMO! ONLINE
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 21-5-2026 07:31 PM
Call the police.
Quote supernaturalee 22-5-2026 10:23 AM
this is just trigger my childhood memory

kecik2 dulu pnh kena gini

dah lewat malam

iols dgn abg, duk main2, gelak ketawa, hepi2

my dad dh tegur bnyk kali, dh lewat, tido lah kan, tp duk la juga main

ujung2 dia tarik iol dgn abg keluar rumah, pahtu die kunci pintu

melalak kitorang

dah lah gelap gelita kt luar tu

takde lg lampu jalan dipasang

lepas berapa minit gitu, my mom ke nenek ke yg bukak pintu

adoi laaa



Quote nisako 22-5-2026 10:34 AM
report la....
Quote Supersirap 23-5-2026 11:10 AM
semoga perkara ini mendapat perhatian secukupnya oleh pihak berkuasa
Quote tumpanglalu74 25-5-2026 07:12 PM
Si tuwe ni dah kene tangkap belom?
Quote midori888 26-5-2026 07:26 AM
supernaturalee replied at 22-5-2026 10:23 AM
this is just trigger my childhood memory

kecik2 dulu pnh kena gini

cara mudah nak kasi bdk faham kita tak suka apa dia buat, kalu kita bebel2 dia bukannyer dgr dan faham pun, dia tau nak main jer...dari kita pukul dia sbb tak dgr ckp, baik kita biarkan dia sekejap kat luar, biar dia rasa takut skit, so nanti dia tak buat lagi benda yg sama...


Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.429694 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top