CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Jangan tunggu kaya baru nak kahwin – Madnor

21-5-2026 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 677| Komen: 12

Pempengaruh media sosial, Muhammad Noor Zakaria atau dikenali sebagai Madnor menasihatkan golongan muda supaya tidak menunggu terlalu lama untuk berkahwin hanya kerana belum mencapai tahap kewangan yang diimpikan.

Menerusi satu hantaran video di TikTok, dia berkata, sikap menangguhkan perkahwinan sehingga kononnya sudah kaya hanya akan menyebabkan seseorang ‘menua’ sebelum sempat membina  keluarga.

Menurutnya, ramai anak muda hari ini gemar membandingkan pasangan mereka dengan individu lain yang sudah stabil dan berjaya dalam kerjaya walaupun usia masih muda.

“Jangan tunggu kaya baru kahwin, tualah kau nanti. Teman lelaki kau baru 25 tahun, macam mana kau nak anggap dia boleh kaya? Lambat lagi,” katanya.

Madnor berkata, pasangan yang mahu berkahwin tidak perlu menunggu semuanya lengkap kerana rumah tangga yang dibina bersama-sama dari bawah mempunyai kemanisan tersendiri.

Katanya, apa yang lebih penting ialah seseorang itu mempunyai sikap bersedia untuk memikul tanggungjawab serta rajin berusaha demi keluarga.

“Tak kaya tak apa, asalkan dia ada dua benda ni iaitu bersedia dan rajin. Kalau dah kahwin nanti, kehidupan memang tak sama macam dulu,” ujarnya.

Beliau berkata, alam perkahwinan merupakan satu fasa serius yang memerlukan pengorbanan daripada kedua-dua pasangan termasuk dari segi masa, emosi dan komitmen.

“Yang lelaki pun bila dah bersedia, dia tahu dia tak boleh melepak lagi bila isteri mengandung atau bila dah ada anak,” katanya.

Dalam pada itu, Madnor turut berkongsi pengalamannya membina kehidupan bersama pasangan bermula dari bawah sebelum berjaya menikmati kesenangan hasil usaha bersama.

“Dulu mula ‘from scratch’, rumah buruk pun ada kemanisan dia. Barulah ada cerita nak dikenang nanti,” katanya.

Sumber - KOSMO! ONLINE
 
Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 22-5-2026 03:04 PM
qaqaqq in disguise
Quote zuriey 23-5-2026 05:31 PM
Madno dah tak relevant
bosan content ko madno
Asyik dok ulang sejarah kesusahan ko
Quote lolipopmanish 25-5-2026 12:01 AM
Aku tak pernah folo madno ni

Dulu selalu sgt lalu fyp aku, mujur sekarang takde dah

Bingit tinge aku kalau dengo dia membebel
Quote lindachicoine 25-5-2026 01:14 AM
A Casinostrider-hu Betmatch Casino https://casinostrider-hu.com/casino/betmatch-casino-velemenyek/  vélemények oldala hasznos és áttekinthető információkat kínál az online kaszinók iránt érdeklődők számára. A cikk részletesen bemutatja a bónuszokat, a játékok választékát és a fizetési lehetőségeket. Külön előnye, hogy könnyen érthető nyelven íródott, így kezdők számára is ideális. A navigáció egyszerű, az információk gyorsan elérhetők. Összességében egy megbízható forrás, amely segít megalapozott döntést hozni az online játékok világában és a biztonságos választásban is.
Quote lindachicoine 25-5-2026 01:15 AM

Quote syikin_akik 25-5-2026 09:42 AM
Kurang setuju dgn madnor. Tak perlu tunggu kaya, tapi biarlah ada kewangan yang stabil baru kahwin. Esok dah kahwin nak kena ada tempat tinggal sendiri, dah ada anak lebih selesa kalau ada kereta walaupun kecil nak kemana-mana. Kalau kewangan tak stabil takkan nak harapkan bantuan kerajaan semata-mata nak tanggung keluarga

Quote BungaKencana 25-5-2026 02:27 PM
kalau lelaki tu ada mindset mcm mdno ok la jugak tp kalau jenis haprak cane..
Quote missmarvolo 25-5-2026 03:06 PM
Pendapat masing2. situasi kita semua pun tak sama. dengar boleh, percaya jangan. timbang dan sedar diri tahap mana dulu
Quote missmarvolo 25-5-2026 03:07 PM
Pendapat masing2. situasi kita semua pun tak sama. dengar boleh, percaya jangan. timbang dan sedar diri tahap mana dulu
Quote ninja boy 26-5-2026 05:54 AM
Org muda ramai cerai oi, rata2 tgk keliling depa kawen umur 25-28 tanpa beli rumah, kereta masing2 lakibini ada myvi axia, rumah sewa, umur 30 dah beranak, masih menyewa, umur 33 beranak lagi, laki curang, cerai, laki kawen lain cari bini gomen ada rumah, bini 1st cari bf bujang hulur budak kasi dukung kasi sayang bf naif kepung dan kawen
Quote missyL 30-5-2026 02:34 AM
ninja boy replied at 26-5-2026 05:54 AM
Org muda ramai cerai oi, rata2 tgk keliling depa kawen umur 25-28 tanpa beli rumah, kereta masing2 l ...

Bkn semua but ramai yg kawen muda cerai pn muda.
Ank dah ade
Pastu ank jadi mangsa
Masing2 xnk commit jaga ank
Masih xpuas enjoy
Nk cri bf/gf baru

Yg terseksa ank

Lihat semua komen(12)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.492751 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top