CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Takkan Minta Maaf Pada Penunggang Agama” – Zul Ariffin Janji Tak Muat Naik Video Merokok

21-5-2026 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1353| Komen: 15

 



Pelakon Zul Ariffin mengakui tindakannya memuat naik video memaparkan dirinya sedang merokok adalah tabita buruk dan tidak sepatutnya dicontohi.

Memetik mStar Online, Zul berkata dia tidak berniat mempromosikan atau menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup tidak sihat itu.

“Perkara itu adalah tabiat buruk yang tidak digalakkan dan tidak dipromosikan oleh saya. Video itu cuma saya duduk ambil angin, minum kopi.

“Tiba-tiba datang entah dari mana ucap tahniah kepada saya. Tahniah itu sarkastik. Jadi bila kau mula dengan sarkastik, saya balas balik. Itulah yang keluar dan tular,” katanya.

Sementara itu, Zul mengambil kesempatan memohon maaf kepada pihak yang memberikan teguran secara baik termasuk keada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua yang menegur saya tentang perbuatan itu sepanjang saya menggunakan media sosial.

“Kepada semua yang tegur secara baik, saya minta maaf. Saya rasa KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) tidak ada sebut apa-apa, tapi tak apa, kita masukkan KKM sekali,” katanya.

Bagaimanapun, Zul tegas tidak akan memohon maaf kepada pihak yang memberikan komen keterlaluan serta bersifat hinaan di media sosial.

“Saya takkan minta maaf kepada penunggang agama atau kesihatan itu.

“Saya takkan minta maaf kepada semua orang yang komen buruk-buruk dan melampau dalam Threads. Saya kena tegas tentang benda macam ini. Kalau kau orang komen macam itu, itu menggambarkan akhlak kau orang, bukan akhlak saya,” katanya.

Sumber: mStar Online, Rotikaya

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 21-5-2026 12:34 PM
sendiri create, sendiri trigger



sedeyhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Quote nadie90 21-5-2026 04:25 PM
supernaturalee replied at 21-5-2026 04:34 AM
sendiri create, sendiri trigger

Besa la ego tetap ada & cakap berlapik lol
Tapi dia ada point jgak....berlambak ja geng2 artis yang merokok & post kat media sosial, pasai dia sorg ja kena?

Nak buat posting & komen, tembak semua skli. Gitew



Quote nadie90 21-5-2026 04:26 PM
supernaturalee replied at 21-5-2026 04:34 AM
sendiri create, sendiri trigger

Besa la ego tetap ada & cakap berlapik lol
Tapi dia ada point jgak....berlambak ja geng2 artis yang merokok & post kat media sosial, pasai dia sorg ja kena?

Nak buat posting & komen, tembak semua skli. Gitew



Quote nadie90 21-5-2026 04:26 PM
supernaturalee replied at 21-5-2026 04:34 AM
sendiri create, sendiri trigger

Besa la ego tetap ada & cakap berlapik lol
Tapi dia ada point jgak....berlambak ja geng2 artis yang merokok & post kat media sosial, pasai dia sorg ja kena?

Nak buat posting & komen, tembak semua skli. Gitew



Quote L.U.S.M 21-5-2026 04:39 PM
nadie90 replied at 21-5-2026 04:26 PM
Besa la ego tetap ada & cakap berlapik lol
Tapi dia ada point jgak....berlambak ja geng2 artis y ...

Smpi 3kali ko post..

Ye fhmmmmm


Semangat hahahaha
Quote nadie90 21-5-2026 04:44 PM
L.U.S.M replied at 21-5-2026 08:39 AM
Smpi 3kali ko post..

Ye fhmmmmm

Apa bleh buat, buka cari line internet hauk padahal click reply the thread skli ja tadi
Quote L.U.S.M 21-5-2026 06:38 PM
nadie90 replied at 21-5-2026 04:44 PM
Apa bleh buat, buka cari line internet hauk padahal click reply the thread skli ja tadi

Cari forum ni dlm gua...dh 2026 pun line hauk
Quote contessa38 21-5-2026 06:44 PM
Paham ke idok maksud penunggang tu duhai julripin
Quote sleepandream 21-5-2026 09:08 PM
hek eleh kalau tak sindir dia direct maki kau terus lagi la kau melenting...
ke nak tunggu kau dapat kanser paru2 baru nak ucap tahniah kat kau?
badan je sado tapi cepat naw koyak
Quote apedehal 21-5-2026 11:25 PM
Bamjul bila nak tawennn...tua sgt dah rupa tu hd kalau dlm video
Quote zuriey 23-5-2026 05:34 PM
Dia ni kan jenis bongkak
Tunggu je jatuh terduduk nanti
Jgn dok minta doa netizen pula
Quote wolfheart 23-5-2026 05:58 PM
Nak cakap satu je. Perokok mulut busuk. Tak kiralah lelaki ke perempuan.
Quote dekmieDandy 26-5-2026 08:11 AM
bimbo habis heolls ni ropenye
Quote hayrin86 27-5-2026 08:51 AM
wolfheart replied at 23-5-2026 05:58 PM
Nak cakap satu je. Perokok mulut busuk. Tak kiralah lelaki ke perempuan.

Mujur taknah layan merokok. Tidak merokok itu hak masing-masing.
Quote gucci_advocate 28-5-2026 06:50 AM
Muka dia dah nampak tua - kena rajin pergu laser bagai baru nampak fresh.

And rokok jugak cepatkan proses penuaan.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.230931 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top