|
Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran menerima saman kelima dalam tempoh sebulan. Menerusi perkongsian di TikTok, meskipun menerima lima saman serta tayar keretanya di ‘clamp’ namun Leona tetap tenang. Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur apatah lagi Leona tetap boleh tersenyum meskipun menerima banyak saman kerana jika mereka berada di tempat Leona pasti akan menangis memikirkan perlu membayar saman berkenaan. Bagaimanapun, ada yang menyifatkan perkongsian Leona itu seolah memberi contoh kurang baik apatah lagi statusnya sebagai pempengaruh media sosial. Malah, ada yang mengatakan tindakannya itu mungkin boleh menyusahkan pengguna lain serta tidak sewenangnya melanggar undang-undang meskipun mampu membayar saman berkenaan.
|


prettyuglybabe replied at 22-5-2026 10:44 AM
hati hitam i percaya dorang ni takde amik lesen pun tau tau ada

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-6-2026 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.068961 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.