CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kaki Saya Dah Tak Kuat Seperti Dulu, Penglihatan Semakin Kabur” - Salih Yaakob

21-5-2026 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1155| Komen: 14

 



Pelawak dan penyanyi Salih Yaakob berkata kakinya tidak lagi kuat seperti dahulu kerana faktor usia dan masalah darah tinggi alaminya.

Memetik Utusan Online, Salih berkata dia kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah kerana perlu dipapah jika mahu bergerak ke sesuatu tempat.

Tambah pelawak berusia 65 tahun itu lagi, penglihatannya juga kini semakin kabur dan tidak dapat melihat dengan jelas.

“Tempoh hari saya kena darah tinggi selepas bulan puasa, tetapi nasib baik tidak terlalu serius. Namun, kedua-dua belah kaki saya sudah tidak kuat seperti dulu.

“Boleh berjalan, tetapi sukar untuk bangun dan perlu dipapah. Penglihatan saya juga semakin kabur dan tidak begitu terang kerana pandangan sudah kelabu. Disebabkan itu, pergerakan saya pun tidak begitu seimbang.

“Saya masih boleh nampak, cuma tidak begitu jelas. Umur pun sudah lebih 60 tahun, jadi sekarang saya banyak berehat di rumah,” katanya.

Sementara itu, Salih menzahirkan penghargaan buat mereka yang masih mengambil berat akan dirinya termasuk Ajak Shiro yang menziarahinya baru-baru ini.

“Ya, dia ada datang bersama pasukannya untuk melawat saya. Cuma saya seboleh-bolehnya tidak mahu perkara ini dihebohkan.

“Siapa yang masih ingat kepada saya, Alhamdulillah. Kalau tidak ingat pun tidak mengapa, saya tidak kisah.

“Selain Ajak, ada juga rakan-rakan lain yang datang melawat seperti Den Wahab. Saya kalau boleh tidak mahu menyusahkan sesiapa,” katanya.

Sumber: Utusan Online, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ihtisyam1 21-5-2026 11:55 AM
isteri bongsu dia masih bersama dia ke?
Quote ragazza 21-5-2026 12:16 PM
Muda lagi 65
Quote galleria23 21-5-2026 04:52 PM
Kesiannya lahai. dia muda setahun dari bapak aku. boleh kata muda lagi lah. dulu-dulu jadi penghibur rakyat malaysia. dah tua ni, orang macam dah tak hargai pulak. semoga diberi kesembuhan sy. anak yang paling kecik pun masih sekolah rendah lagi kan? ke dah sek menengah?
Quote cm_vungtau 21-5-2026 04:56 PM
Naper orang melayu 60an dah macam2 penyakit? Soalan serius.
Quote cikdot 21-5-2026 05:05 PM
65 consider takde lah tua sangat lagi. datah tinggi sikit2 tu biasa la. maybe tak jaga & tak makan ubat kot. tu yg jadi gini. semoga terjaga la kebajikannya..
Quote jambatannetizen 21-5-2026 08:45 PM
cikdot replied at 21-5-2026 05:05 PM
65 consider takde lah tua sangat lagi. datah tinggi sikit2 tu biasa la. maybe tak jaga & tak makan u ...

yg kawin banyak2 rupa cepat menua atau hidup sekejap
Quote cm_vungtau 22-5-2026 01:54 AM
Kawin ramai sangat. Bini2 pun malas layan. Kalau kawin satu aje mesti masih hensem. Tengok aje tok usop selam. Rasa macam umur lebih kurang aje
Quote chandrahusin 22-5-2026 10:19 AM
dgr lagu2 SY ni ada je kat most radio stesen
tak kan tak dpat royalti ek
mcm susah sgt
Quote supernaturalee 22-5-2026 11:26 AM
cm_vungtau replied at 22-5-2026 01:54 AM
Kawin ramai sangat. Bini2 pun malas layan. Kalau kawin satu aje mesti masih hensem. Tengok aje tok u ...

tok usop 72 dah

wicis lagi bnyk umur

tp mmg nmpk segak, bertenaga, jln pun tegak steady lagi

pernah nmpk dlm hujung tahun lepas kt restoran heols

dgn bodigad


Quote dekmieDandy 26-5-2026 08:25 AM
cikdot replied at 21-5-2026 05:05 PM
65 consider takde lah tua sangat lagi. datah tinggi sikit2 tu biasa la. maybe tak jaga & tak makan u ...

dia merokok kuat, dulu rasa baca 2 kotak sehari

tu gigi pun dah takde
Quote rayray28 26-5-2026 11:35 AM
ragazza replied at 21-5-2026 12:16 PM
Muda lagi 65

Masa muda tenaga guna all out
Quote KamikuP 26-5-2026 01:44 PM
Apa sbb dia tak ngam ngan arwah Mr Os ekk? Sapetau?
Quote vender 26-5-2026 03:50 PM
cm_vungtau replied at 21-5-2026 04:56 PM
Naper orang melayu 60an dah macam2 penyakit? Soalan serius.

Yg bermasalah je chuols. Ramai lagi 60an yg hensem segak.
Quote cm_vungtau 26-5-2026 10:17 PM
vender replied at 26-5-2026 03:50 PM
Yg bermasalah je chuols. Ramai lagi 60an yg hensem segak.

Tu la. Seram gila. Tengok orang China, orang Korea 60an tu lawa giler lagi. 80an baru jadik nenek2

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.365399 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top