|
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkata dia kini terbuka hati dalam mencari pasangan hidup selepas hampir dua tahun bergelar duda. Menerusi perkongsian di Threads, Fazley turut berkongsikan kriteria pasangan hidup yang diimpikannya antaranya wanita berwajah ‘chinese look’ dan tidak terlalu kurus. “Ramai pula yang tanya saya sejak beberapa minggu ini. Ya cari jodoh ini memang betul untuk saya. “Saya masih minat rupa Chinese look, tak terlalu kurus dan bersih ‘seperti yang anda semua tahu’” tulisnya. Sementara itu, Fazley berkata dia terbuka untuk mengenali dengan mana-mana wanita menerusi media sosia. “Terbuka untuk semua. Jangan segan untuk DM atau buat first move dulu. Tak cuba tak tahu kan?” tulisnya. Terdahulu, Fazley bercerai dengan bekas isterinya Azrene Soraya pada 2024 selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 17, Ahmad Fieradz Shah, 16, dan Ahmad Fierudz Shah 15 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma kini berusia 9 tahun. Sumber : Rotikaya
|



sphinx replied at 20-5-2026 11:07 PM
gambar atas tu ade sipi2 iras arwah jaafar onn

Kangkung1M replied at 21-5-2026 01:19 PM
Ha'ah memang wajah dia sekarang iras arwah Jaafar Onn.

Kangkung1M replied at 21-5-2026 01:19 PM
Ha'ah memang wajah dia sekarang iras arwah Jaafar Onn.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-6-2026 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.431202 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.