CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Johan Ghazali Selar Individu Bangga Gemuk Asalkan Kaya – ‘Nak Duduk Lamborghini Pun Tak Muat’

19-5-2026 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1407| Komen: 19|Original author: piyek92


Screenshot 2026-05-19 103058.png


Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali sekali lagi mengundang perhatian ramai selepas membidas kenyataan yang mendakwa bahawa berbadan besar bukanlah satu masalah asalkan mempunyai harta.

Kata Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo, pemikiran sedemikian merupakan antara mindset yang tidak membawa manfaat kepada masyarakat.

Menurut bintang muda ONE Championship itu, kekayaan harta tidak membawa makna sekiranya tahap kesihatan diabaikan.

Screenshot 2026-05-19 153123.png


"Saya tak tahu dia ni main main atau serius, tapi kalau betul dia serius inilah mindset paling bangang saya pernah tengok.

"Duit banyak macam mana pun takkan ada guna kalau awak tak sihat. Awak nak duduk dalam kereta jenama Lamborghini pun tak muat."

Sementara itu, Jojo turut menyelar sikap segelintir pihak yang sering menggunakan alasan kesibukan kerja dan tiada masa sebagai penghalang untuk bersenam.

"Nak cakap tiada masa untuk bersenam tapi masa untuk makan ada saja. Pemikiran bahalol yang akan menjatuhkan negara."

Sebelum ini, Jojo berkongsi pandangan peribadinya terhadap individu berbadan besar atau obesiti.

Bagaimanapun, perkongsian itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 19-5-2026 03:56 PM
Terasa pokcik
Quote venom1 19-5-2026 03:56 PM
Edited by venom1 at 19-5-2026 04:02 PM

~deleted~
Quote prince_marhaen 20-5-2026 08:12 AM
ye lah Jo... pendapat ko tu betul... cuma kekadang bahasa tu rempit betul... tak selari dengan wajah polos kau.. hahahahahaha..
Quote selipar_hijau 20-5-2026 08:19 AM
sokong Jo
Quote Purestteam1 20-5-2026 09:43 AM
xxl chomell...no
xxl disaster...yes


haha.. just joke
Quote KamikuP 20-5-2026 10:12 AM
You have my full support Jojo.. ekekek
Mohon Jojo bahasakan acik kepam gundu yg berbadan besar dan selalu berpeluh di dahi di sini.. ekekekeke
Quote talapia 20-5-2026 10:18 AM
betul apa dia kata.. cuma ai is sentap la jugak kan.. walau takla tahap tak muat lambo.. neither do I have lambo. haha

ramai yg buat konon2 berbadan besar is cool.. as long as kau comel ke.. kau kaya ke.. semua ok kononnya..

face the fact la.. badan besar synonym dengan tak sihat. bukan kata tak fit, itu sudah pasti.. tapi tak sihat. Kolsterol, diabetis, jantung.. macam2 sangkut pautnya deh.

yang badan saiz XL pon macam2 penyakit mula berkawan.. apa lagi yang XXXL bagai sampai level tak muat lambo tu.
Quote kucingitam 20-5-2026 11:59 AM
Cik B  kayo tak naik lambo..apo kau ingat org kaya naik lambo je eh?
Quote Paiya 20-5-2026 12:47 PM
tak apa badan besar,
beras kami beli sendiri.......konon
tapi kalau penyakit datang
menyusahkan semua orang
badan gemuk memang a big no
Quote plywood 20-5-2026 03:31 PM

Quote tumpanglalu74 21-5-2026 12:15 AM
Edited by tumpanglalu74 at 21-5-2026 12:28 AM

Tak reti jage class..  Acik dok perati je.  Aritu ko kata orang gemok sume patot masok jail.  Parrot english dekk..  U say "bla2 should be jailed.." when your vocab shuts down on U.  Doa orang yang diaibkan mustajab nakk..  In the spirit of Michael the movie nah:

[youtube]F2AitTPI5U0?si=ClfFmcZY_gDl_UOS[/youtube]
https://youtu.be/F2AitTPI5U0?si=ClfFmcZY_gDl_UOS

Sori lagu Brown Or White tak jumpe..
Quote ninja boy 21-5-2026 01:32 AM
Ramai ja gemuk sejak lahir x best hari2 jogging hari2 makan sayur nasik x pernah makan pakai baju terhegeh2 masuk toilet flight muat x muat
Quote Mimicomel 22-5-2026 11:05 AM
mahap cakap yang berbadan besar kebanyakan (bukan semua) akan juga ada body odour selain penyakit.

malaysia ni panas nok... kalau peluh tambah body odour mmg sakit hidung semua orang terutama di opis. sila lah jaga berat badan.
Quote saliv 22-5-2026 12:25 PM
Mimicomel replied at 22-5-2026 11:05 AM
mahap cakap yang berbadan besar kebanyakan (bukan semua) akan juga ada body odour selain penyakit.
...

Orang yang kata orang gemuk bau badan ni otak dia yang trigger sendiri bau busuk tu on sight.  Nampak orang gemuk je terus otak dia hasilkan bau tu dalam hidung dia.  Sori to say, anak dara kat ofis aku badan kurus kering tapi ketiak hangit.  
Quote AkokKocik 22-5-2026 11:13 PM
Sebagai org yg slalu jaga org sakit di spital....org gemok susah nk diurus, nk angkat duduk pun kena panggil 2 nurse yg badan comel.


Quote ninja boy 22-5-2026 11:33 PM
Ketiak bau kena makan nanas, pakai baju cotton, mandi dan bersenam keluarkan peluh busuk
Quote cm_vungtau 22-5-2026 11:53 PM
Edited by cm_vungtau at 22-5-2026 11:58 PM

Ala sebenarnya gini. Si jojo ni athlete kan. Of course la dia menyampah dengan orang gundu. Sebab orang gundu takde disiplin. Makan melantak tak hingat dunia. Kalau ko tengok interbiu Ronaldo pun manjang dia cakap pasal gym, pasal makan. Gitu ler orang berdisiplin.

So sebenaunya orang berdisiplin memang tak boleh masuk dengan yang takde disiplin ni. Udah ler pemalas nak ke gym, makan melantak pastu bangga pulak tu. Mau tak rasa nak pelangkung

Sebenarnya salah mak bapak. Aku tengok sian bebudak sekolah, umur 12-13 tapi perut macam nak pecah. Mak bapak ko kasi makan apa dik?
Quote GincuPurple 23-5-2026 05:13 PM
prince_marhaen replied at 20-5-2026 12:12 AM
ye lah Jo... pendapat ko tu betul... cuma kekadang bahasa tu rempit betul... tak selari dengan wajah ...

Khen! Muka herlok yg amat.  Dia sekolah takat SPM je,  kah?
Quote BoongaKertas 25-5-2026 02:31 PM
prince_marhaen replied at 20-5-2026 12:12 AM
ye lah Jo... pendapat ko tu betul... cuma kekadang bahasa tu rempit betul... tak selari dengan wajah ...

this! hahahaha. iols dari haritu nak tulis cenggini, sependapat weh. muka dia mcm x sesuai nak mencerca org lah, sbb muka so naif.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.061574 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top