CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Platform media sosial X kini hadkan ciapan pengguna percuma kepada 50 sehari, dulu 2,400 sehari

19-5-2026 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 450| Komen: 4|Original author: akido_kido


Screenshot 2026-05-19 150612.png


SAN FRANCISCO: Platform media sosial X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) mengemas kini had aktiviti harian bagi pengguna akaun percuma.

Menerusi kemas kini terbaharu di pusat bantuan, pengguna tanpa langganan berbayar kini hanya dibenarkan menghantar 50 ciapan sehari, berbanding had 2,400 ciapan sehari yang diperkenalkan pada 2023.

Had baharu itu merangkumi aktiviti hantaran utama, termasuk ciapan semula dan petikan, lapor Amanz.

Selain itu, pengguna turut dihadkan kepada maksimum 200 balasan sehari serta sehingga 500 mesej langsung (DM) sehari.

Bagi aktiviti mengikuti akaun, pengguna baharu dibenarkan mengikuti sehingga 400 akaun sehari, dengan sekatan nisbah pengikut mula dikuatkuasakan selepas mencapai 5,000 akaun diikuti.

Langkah itu dipercayai bertujuan mengurangkan aktiviti akaun automatik atau bot yang sering digunakan untuk menyebarkan spam dan penipuan dalam talian.

Pengguna yang ingin mendapatkan akses lebih luas perlu melanggan pelan premium X Basic, X Premium atau X Premium+.

Setakat ini, pihak pengurusan X masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung sebab di sebalik penetapan had baharu tersebut.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 19-5-2026 05:30 PM
Di Malaysia orang sudah beralih ke Threads. Puncanya adalah engagement. Bila kita post something di Threads, kebarangkalian untuk orang baca tu lebih tinggi berbanding X. Kalau kau post benda berguna di X pun tak ada orang view sebab timeline orang lain sudah diisi dengan algorithm dan posting daripada akaun berbayar lain.
Quote poetess 22-5-2026 01:13 PM
Edited by poetess at 22-5-2026 01:20 PM

Pengguna ramai dah tak hingin nak sentuh apps Pak Elon.
Quote poetess 22-5-2026 01:14 PM
Sekarang benchmark trending dah tak berpaksikan X. Dulu-dulu beria post, repost dengan specific hashtag di X.
Sekarang platform lain dah take over. Hanya perlu view & likes sahaja.
Quote tungkai 22-5-2026 02:29 PM
X skrg ni banyak p0rn..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.330931 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top