CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

GSF 2.0: Indonesia sahkan lima warganya ditahan tentera Israel

19-5-2026 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 244| Komen: 0|Original author: akido_kido


Screenshot 2026-05-19 145859.png


JAKARTA: Indonesia mengesahkan lima daripada sembilan rakyatnya yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 telah ditahan tentera Israel berhampiran perairan Cyprus di timur Mediterranean.

Jurucakap Kementerian Luar Yvonne Mewengkang berkata baki empat warga Indonesia, yang menaiki dua kapal berasingan, masih berlayar berhampiran perairan Cyprus dan masih dalam situasi berbahaya berdasarkan perkembangan semasa.


"Keadaan di lapangan kekal tegang. Empat warga Indonesia yang masih berlayar kekal dalam keadaan bahaya dan boleh berdepan pemintasan atau penahanan oleh tentera Israel pada bila-bila masa," katanya dalam satu kenyataan video pada Selasa.

Yvonne berkata Kementerian Luar telah berkoordinasi dengan kedutaan Indonesia di Ankara, Kaherah, Rom dan Amman, serta Konsulat Jeneral Indonesia di Istanbul, untuk menyediakan langkah-langkah jangkaan, termasuk pengeluaran dokumen perjalanan sementara sekiranya pasport dirampas dan bantuan perubatan jika diperlukan.

Beliau berkata wakil Indonesia juga telah menghubungi pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk memastikan akses transit dan memudahkan proses penghantaran pulang warga Indonesia tanpa halangan berkaitan imigresen.

“Kementerian Luar, menerusi wakil Indonesia berkaitan, akan terus memantau perkembangan, mengesahkan keberadaan dan keadaan warga Indonesia, serta menyediakan langkah perlindungan yang diperlukan di lapangan," katanya.

Indonesia turut menyertai sembilan negara lain - Turkiye, Bangladesh, Brazil, Colombia, Jordan, Libya, Maldives, Pakistan dan Sepanyol - dalam satu kenyataan bersama mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel terhadap misi GSF.

Malaysia juga mengutuk sekeras-kerasnya pemintasan misi GSF 2.0 yang menuju ke Gaza dan penahanan lebih 100 aktivis termasuk 16 rakyat Malaysia, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut jaminan untuk keselamatan semua aktivis yang terlibat dan pembebasan segera mereka.

Sumber - BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.092639 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top